Slot akasia: Julia ganti Kau yang Terindah


Drama Kau yang terindah baru je  mula,dah muncul pula drama slot akasia terbaru -Lakonan Fizo Omar,Nabila Huda,Azlee Khairi,Iqram Dinzly, Izreen Azminda,Fouziah Ghous

Drama ni dijangka ditayangkan bermula 24 September 2012.
Jumlah episode 28

Episode akhir Julia


Sinopsis:
Cinta tragis antara Julia dan Amir yang mula berkenalan sejak alam universiti.Kisah bermula apabila Adam pelajar nakal yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti di Korea dikecewakan seorang gadis bernama Sofea.Sejak itu Amir mula rapat dengan Julia.Mereka bagai melengkapi satu sama lain.Bila pulang ke Malaysia, Amir bekerja di Kuala Lumpur,manakala Julia bertugas di teluk intan.
Hubungan jarak jauh memberi tekanan kepada Julia.Bila diajukan soal perkahwinan,Amir sering mengelak.Keadaan bertambah rumit bila Sofea muncul kembali dan mereka menjadi rakan sekerja. Bagi Julia,Sofea adalah punca keretakan hubungan mereka.Lantas Julia mengkhianati cinta mereka yang dijalin 8 tahun lamanya.Dia menggangap Amir bukan jodohnya, dan menerima Azwan(Azlee Khairi) sebagai suaminya.
Amir sangat kecewa dengan keputusan Julia dan dia mula menumpukan perhatian pada kerjayanya sahaja. Pd masa yang sama,Sofea mengorak langkah untuk menawan hati Amir semula.Kehidupan Amir mula berubah.Dia sering menghabiskan masa di kelab eksekutif dan mula membayar cinta untuk menjadi temannya.
Langkah Sofia berjaya untuk memiliki Amir namun bukan hatinya.Sofia sering ditinggalkan oleh Amir.
Amir sering mendapat nota kata-kata semangat dari orang yang tidak dikenali,Lama-kelamaan,Amir mendapati Nurain(Fouziah Ghous) seorang pembekal bunga di syarikatnya yang menghantar bunga-bunga itu.Amir mula berkawan dengan Nurain.Julia pula telah bercerai dengan Azwan. Bila Amir ingin berkahwin dengan Nurain,Sofia menjadi berang.Dia nekad untuk pastikan Amir menjadi miliknya.Mengapa Julia diceraikan. Adakah Julia akan kembali ke pangkuan Amir. Siapa pilihan Amir akhirnya?
Sofea dan suaminya Amir




Julia dan Amir

Julia n husband 

Fesyen retro julia
Drama Julia bukan sahaja dibuat di Malaysia tapi di Korea gak


Fizo kena tangkap kat Korea?

Julia dan Amir in love - Nami Island

Julia pregnant 5 bulan- anak siapa ye?



Gambar thanks to Nabila Huda dan Fizo Omar.

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...