Sunday, July 29, 2012

Iklan Raya Erra Fazira


Saban tahun,antara di tunggu di kaca TV adalah iklan raya. Jika dahulu,iklan yang paling diminati dan ditunggu adalah iklan Petronas.Namun,setelah pemergian arwah Yasmin Ahmad, iklan raya semakin terasa sunyi.
Kali ini,Astro cuba membawa rasa sayu di Aidilfitri dengan iklan bertemakan Jalinan di Aidilfitri.Iklan durasi 60 saat itu menjalani penggambaran di Tanjung Karang, Selangor.

Sinopsis Iklan:
Ia mengi­sahkan seorang kanak-kanak yang dambakan kasih sayang seorang bapa tetapi hasrat itu tidak kesampaian disebabkan keadaan. Bagaimanapun, hubungan anak dan bapa tidak akan putus. Ia ikatan indah anugerah Ilahi.

DIA keliru, benarkah lelaki dipanggil Along itu bapanya? Akalnya menolak kerana sedari kecil ibu memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia, namun entah mengapa seakan-akan ada tarikan magnetik antaranya dengan lelaki itu yang juga jiran neneknya yang sering dilihat setiap kali pulang ke kampung.
Hinggalah satu hari, tiba-tibanya ibu datang ke sekolah untuk membawanya pulang ke kampung. Kata ibu, bapa meninggal dunia. Terpinga-pinga si kecil berusia lapan tahun itu.
Foto
  • FotoFoto
Bukankah bapanya sudah lama meninggal dunia? Siapa pula gerangan yang dimaksudkan ibu? Rasa keliru yang meluap-luap direlung hatinya semakin memuncak.Tatkala tiba di perkarangan rumah yang sering menjadi tumpuannya setiap kali pulang ke kampung, ramai menyuruhnya menatap wajah si bapa buat kali terakhir. Dia kaku tidak bergerak, erat memeluk tiang serambi. Mindanya kosong dan kabur.Jenazah itu adalah lelaki yang sering dikatakan bapanya selama ini!


“Buatlah apa saja, satu hari pasti si anak tahu siapa bapanya. Diharap secebis kisah ini boleh menyedarkan mereka yang ada kasih sayang depan mata tetapi tidak menghargainya,” Kata Erra.
Kisah ini bukan cerita dalam drama atau filem, tetapi itulah sebahagian perjalanan hidup primadona filem alaf baru, Erra Fazira atau nama sebenar, Fazira Wan Chek, 38. Memori sedih itu tidak pernah padam, sebaliknya terkunci kemas di sanubari hingga tiada siapa mampu menebaknya.

jom tengok iklan ni- Kisah erra

tengok juga kisah aaron -mengapa aaron aziz tak suka hari raya masa remaja

kisah raya masa kecik paknil

sumber: Metro Ahad

No comments:

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq