join admya di FB

Episode akhir Seindah sakura

Dapatkah Shakira mengecapi kebahagiaan?

Episode 21
Roni meminta duit  lagi dari Shakira.Akhirnya Shakira sedar helah Roni. Shakira pergi ke Paris. Di sana dia bertemu dengan Airil.
Episode 22
Shakira ingin berbaik dengan Airil namun Airil telah salah faham mengenainya dirinya.Sekali lagi Shakira membenci Airil.Anida marah kerana Roni tidak lagi kerap bersamanya.Roni tinggalkan Anida.Kini Anida sedar Roni hanya mahukan duitnya je.Anida pulak dah mengandung dan rayu pada Roni kembali padanya.(Kesian plak tgk Anida- itulah jahat sgt).
Anida sekali lagi balik ke rumah ayahnya untuk meminta duit.Pertemuan Shakira dan Airil sering kali membuatkan kedua- dua bertengkar.Airil bertemu dengan Shakira lagi dan cuba berbaik dengannya. Datuk Malik nak Airil kahwin dengan Anida(o_o)?


Episode 23,
Datuk Malik mendesak Airil untuk pulang ke Malaysia. Airil enggan dan memberi pelbagai alasan.Anida mahu gugurkan kandungannya namun dihalang oleh Datuk Malik. Novel Shakira akhinya diterbitkan. Shakira terkejut apabila diberitahu Airil akan kahwin dengan Anida. Kira kecewa lagi.Roni cuba berbaik dengan Kira.Mujur Airil datang tepat pada masanya dan terus menyelamatkan Syakira.Dalam tempoh trauma,Airil menjadi peneman Shakira. 




Episode 24(episode akhir)
Datuk Malik meninggal dunia ketika pelancaran buku shakira. Kira dan Airil  terkejut. Kira terlalu sedih kerana Datuk Maliknya adalah org penting di sebalik kejayaannya. Airil tekad untuk pulang ke Paris. Anida menyesal   dan sedih bila mendapat berita tentang ayahnya sebab dia pernah mahukan ayahnya mati. Kira sedih kerana gagal hubungi Airil dan apatah lagi semua orang yang disayangi meninggalkannya.Nada mendapat panggilan dari hospital.Airil menghubungi Kira namun dia mahu Airil lupakannya. Kira dan Airil sama2 membaca surat peninggalan Datuk Malik. Surat Datuk Malik membawa berita gembira bagi Kira dan Airil.Rupanya Airil cuma anak angkat.Airil dan Kira betemu lagi di Paris. 
Ending:
Airil lamar Kira sebgai isteri dia.


Komen:
Walaupun Seindah sakura tak sehebat Cinta Buat Emelda,tapi ok la sebab jalan cerita yang menarik . Cuma  babak  time Kira sekolah agak tak best. Macam overacting,Cikgu Airil,Oyang.  Kata tak suka tapi tengok gak..:D
Tak sabar nak tengok Dejavu di Kinabalu


Comments