Adakah korang pernah buat perkara ni masa kecik?

1) Bukak kipas,cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar- Yang ni memang pernah..hihi


2) Naik kereta pastu ingat bulan ikut kereta.. rasa pelik sebab bulan asyik ikut je...:)




3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat.
4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali.
5. Masa sekolah, ade orang dtg jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list, mintak duit nak beli
kat mak bapak.
6. Lukis burung guna huruf M atau V
7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit

8. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais padam
9. Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.
10. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.

11.Mintak biodata kawan2
12. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu.
13. Buat jet kertas


indahnya dunia kanak-kanak..
hampir semua di atas pernah buat,pasti korang pun pernah kan...
bila baca ni pasti  buat korang tersenyum, betul tak?

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...