join admya di FB

Episode akhir bunga-bunga syurga



Episode 13

Oleh kerana dendam yang menebal, Zila bertindak mencederakan Sofia sehingga Sofia terpaksa menerima rawatan selama sebulan di hospital. Haji Halim membawa Sofia pulang walaupun masih lemah dan memerlukan masa untuk Sofia sembuh sepenuhnya. Pertemuan di surau mengejutkan Sofia kerana Aiman tidak pernah membangkitkan tentang hubungan Sofia dengan bapanya. Akhirnya, Sofia sendiri menceritakan kepada Aiman bagaimana hubungan sulit itu terjadi.

Aiman mahu Sofia berterus-terang tentang perkara sebenar kepada bapanya walaupun Sofia cuba untuk terus merahsiakannya. Aiman muncul semasa pertengkaran antara Haji Halim,Sofia, Azila dan Baidah. Haji Halim berjanji akan mengembalikan wang yang diberi Azmin kepada Sofia. Ketamakan Azila dan Baidah akhirnya menjerat diri mereka apabila rahsia mereka terbongkar.

Comments