Wednesday, May 16, 2012

Drama Suri Slot Azalea tv3


Sangat Best...
Judul: Suri
Slot: Azalea
Waktu Siaran: 4-5 petang
Jumlah episode:
Pengarah:Emy Sufian
Para Pelakon: Hanez Suraya(3 janji), Izreeen Azminda( Tentang Dhia),Sharnaaz Ahmad,Dato' Eizlan Yusof,Noniswara
Pengarah: Emi Suffian
Skript:
Azmi Ariff,Norshadila
Mula tayangan:11 jun 2012


EPISODE AKHIR


Sinopsis drama Suri TV3:
Suri mempunyai musuh sejak di bangku sekolah iaitu Kira (lakonan Izreen Azminda) dan konflik di antara mereka menjadi tambah rumit apabila ibu bapa mereka berkahwin.Kira berasa malu apabila Bella mendapat tahu yang Suri tinggal serumahnya dengannya. Kira cuba menghalang papanya Farid dari berkahwin dengan ibu Suri(Marisa).Namun Farid berjanji jika Marisa memukul Kira,Farid akan menceraikannya. Kira selalu membuli Suri.Namun di depan Farid dan Marisa, Kira berpura-pura baik melayan Suri.


 Suri cemerlang dalam pelajaran, Kira pula sebaliknya. Kira lebih gemar berkawan dengan beberapa remaja liar hingga mula terjebak dengan dadah. Malangnya, pihak polis mula menghidu aktiviti Kira dan rakannya dan menyerbu rumah Kira. Sewaktu operasi menggeladah rumah, polis menjumpai dadah dalam bilik Suri. Kira sengaja menyembunyikan dadah itu dalam bilik Suri. Selepas kejadian itu, Suri dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak.

Setelah setahun berlalu, Suri dibebaskan dari pusat pemulihan. Ketika itu Kira menyambung pelajarannya di sebuah kolej. Kira berasakan dia lebih berjaya daripada Suri kerana Suri masih belum menduduki SPM dan kini Suri hanya mampu bekerja di sebuah kedai.

Sementara itu di kolej Kira tertarik dengan seorang pelajar tampan dan kaya yang bernama Hariz. Kira berusaha untuk menunjukkan bahawa dia juga berasal dari keluarga yang setaraf Hariz. Dia sering mengambil kesempatan ke atas Suri dengan menggunakan wang saku Suri untuk berlagak mewah.

Sementara itu, Suri mendaftar di pusat tuisyen untuk menduduki peperiksaan SPM. Dengan berkat usahanya dia telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. Suri menyambung pelajarannya di kolej sama dengan Kira. Bermulalah kehidupan Suri dan Kira di kolej sama walaupun berlainan kelas dan tahun pengajian.

Kehadiran Suri di kolej itu telah mengetuk pintu hati Hariz untuk jatuh cinta terhadap Suri. Pada masa sama, Suri juga mula menyimpan perasaan terhadap Hariz. Apabila Kira mengetahui lelaki idamannya menyukai Suri, dia menjadi amat marah. Seperti biasa, Kira tetap mempunyai pelbagai helah untuk menyeksa hidup kakak tirinya.

Apakah helah seterusnya yang dilakukan Kira untuk menjatuhkan Suri? Berjayakan Suri menikmati perasaan cinta bersama Hariz? Adakah Suri akan berjaya menemui kebahagiaan setelah banyak pengorbanan dilakukan? Ingin mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya? Jangan lupa saksikan Suri setiap Isnin hingga Khamis, jam 4 petang di TV3!

Kata Hanez, drama Suri mempunyai persamaan dengan kisah Bawang Merah dan Bawang Putih.Pasti Hanez banyak menangis  dalam drama ni macam Bawang Merah.

Lagu tema drama Suri

admya-
Alahai Suri asyik kena buli.Dah tu sanggup biarkan apa saja Kira lakukan,tak menentang pulak tu..


teringat lakonan Izreen dalam Tentang Dhia-  benci betul dengan dia dalam drama tu.Lagi sekali benci dia sebagai Kira.haha!Mantap lakonan dia.








Sebab selalu kena buli,sampai  serabai Suri dibuatnya.

21 comments:

  1. Hanes x sesuai Watak baik dia sesuai Watak antagonis Macam izreen

    ReplyDelete
  2. kata siapa x sesuai ...tngok muka hanez ja pun orng dah tahu yg mak su tu baik kan ... mak su .. hanes suraya ... ohhh

    ReplyDelete
  3. ad spe tau tjuk lagu cter nie x???

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu asmidar- biar sampai ke bintang(dah update dalam post)

      Delete
  4. mka suri tu suci sgt2
    such an innocent face :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. don't you all think Suri wear way freaking too much makeups?

      Delete
    2. memang pun..tebal sangat...biar natural kena dgn watak

      Delete
    3. Klu x tebal mcam na nk cover up all

      Delete
  5. cite yg x logik mcam la ada pompuan mcam tu dalam dunia ni,klu suri gadai segalanya untuk jantan blh la terima tp utk sedara sendiri,sanggup mgaku jual dadah lg....aaa..piraaah

    ReplyDelete
  6. aku nk la sedara tiri mcam suri utk cover aku kantoi nt,,,,,mana nk order aaaa??

    ReplyDelete
  7. geram aku tgok cite ni..tp nk tgok jgk huh2..knp la suri ni lurus bendol sgt.maak dia x ajar anak dia jd cerdik skit..

    ReplyDelete
  8. jiddu krishnamurtiJuly 11, 2012 at 4:15 AM

    tolong kasitau kenapa itu kira sudah lumpuh, klu boleh in details. pasal saya sudah terlepas itu episode

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok kat tonton.
      dia kena rempuh dengan kereta sebab tu lumpuh

      Delete
    2. camne nk download citer ni eh?

      Delete
    3. sorry ye,saya dah carikan..tak jumpa link utk download drama ni.

      Delete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq