join admya di FB

Tentang Dhia Ganti Soffiya


Menanti bahagia di sebalik duka


Judul drama: Tentang Dhia
Channel: TV3
Slot: Akasia
Hari Tayangan: Isnin- Khamis
Masa tayangan: 7- 8 malam
Pelakon: Nora Danish,Adi Putra, Tasha Shilla,Ako Mustafa,Irfan Roslan, Izreen Azminda
Jumlah episode:26 episod
Mula Tayangan: 9/11/2011
Hasil Nukilan dan arahan: Azlina Pa'wan
Lagu Tema Tentang Dhia: Dia untukku oleh Adi Putra



Adakah drama Tentang Dhiya sama dengan Novel Tentang Dhiya oleh Syud?
Sumber-sumber memberitahu cuma tajuk je yang sama

Synopsis  drama Tentang Dhia


Cinta dan simpati tiada ukuran bagi  Dhia(Nora Danish) yang berdiri  antara 2 lelaki yang sangat dikasihi.
Percintaan tiga segi menjadi rumit apabila dia dicemburui oleh Melly(Izreen Azminda) yang berasa dirinya lebih sesuai untuk Raffi(Irfan Roslan) dan Azmi(Ako Mustafa) dua lelaki yang berbeza latar belakang.
Azmi bekerja hanya sebagai kerani biasa namun anak kepada  imam ini  disukai ramai kerana sifatnya rendah diri dan pandai mengambil hati.Hati Dhia memang sudah lama terpaut pada Azmi walaupun Raffi lulusan luar negara teman rapat Dhia sejak kecil menyukainya.
Terkejut apabila Dhia bakal menjadi tunangan Azmi,Raffi redha demi cintanya pada Dhia.Melly mula mengambil kesempatan dengan mendekati Raffi dan menidurinya namun jerat memakan diri apabila Raffi tidak mengendahkannya dan enggan bertanggungjawab.Apabila menngetahui dia mengandung,Melly memerangkap Azmi.Mereka ditangkap basah dan ditahan di lokap polis.Tergamam dengan berita tersebut,Dhia tetap meneruskan pertunangan mereka demi kasih cintanya pada Azmi.Namun, ketabahan Dhia diuji sekali lagi apabila keluarga Melly mahu Azmi bertanggungjawab.Azmi dan Melly berkahwin tanpa kerelaan Dhia. 
Bagaikan pelangi selepas hujan,Dhia didatangi Zikir(Adi Putra) seorang arkitek daripada Kuala Lumpur.Zikir mempunyai rakan baik bernama Fendi dan dia turut diminati oleh Rose(Tasha)pekerja di Firma beliau.Malang tidak berbau,Fendi meninggal dunia dalam kemalangan.
Ketika menghadiri majlis pengebumian Fendi  di kampung halaman Fendi di Pulau Pinang,Zikir berjumpa dengan Dhia dan dia terpaut dengan Dhia.
Bagaimana hala tuju Dhia selepas "kehilangan" Azmi dan nasib Dhia dengan Zikir?

sumber Tv3dan Berita Harian.

Banyaknya hal berlaku dalam hidup Dhia...Kira Zikir pembawa Sinar bahagia pada Dhia
tapi lepas Melly,Rose pula yang kacau hidupnya...kesian Dhia,hidupnya penuh berliku.

Watak-watak dalam tentang dhia
 Adyputra sbg Zikir
Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur.Anak lelaki tunggal dalam keluarga dan amat  disayangi oleh neneknya.Jatuh cinta pandang pertama pada Dhia,namun turut disukai oleh Peguam syarikatnya Rose.
 Nora  Danish sebagai Dhia
Anak tunggal dalam keluarga.Seorang gadis yang baik dan disukai oleh semua orang.Hatinya  terpaut pada Azmi dan mereka bercinta dan akhirnya merancang untuk berkahwin namun tidak menjadi apabila Azmi dituduh menhamilkan kawan baiknya Melly.Dhia memaksa Azmi untuk berkahwin dengan Melly walaupun Azmi keberatan. Dalam merawat jiwa yang luka,Dhia berjumpa Zikir dan jatuh cinta padanya.Namun bila kebenaran terbongkar,Dhia serba salah untuk memilih antara Azmi dan Zikir.


 Ako sebagai Azmi
Anak yatim piatu yang berpindah pulang ke kampung setelah kematian ibubapanya dan tinggal bersama datuk dan neneknya.Seorang kekasih yang setia.Bercinta dengan Dhia sejak di bangku sekolah dan merancang untuk berkahwin dengan Dhia.Namun,takdir menentukan segalanya.Azmi tidak jadi berkahwin dengan Dhia setelah diperangkap oleh Melly.Beliau ditangkap basah   hingga menyebabkan datuknya meninggal duniadan terpaksa kahwin dengan Melly untuk walaupun hatinya milik Dhia. Setelah kebenaran terbongkar.Azmi mempunyai peluang untuk berkahwin dengan Dhia.Namun,sekali lagi Melly menjeratnya.Azmi dituduh mengedar dadah. Dengan berat hati,Azmi melepaskan Dhia dan mengharapkannya bahagia di samping Zikir.

Irfan Roslan sebagai Raffi
Kawan baik Dhia sejak kecil.Terlalu rapat dengan Dhia hingga menyebabkan Raffi mencintai Dhia, malangnya Dhia menganggapnya tidak lebih seorang rakan. Berasa sedih apabila Dhia menolaknya,namun Rafi redha dengan pilihan Dhia. Niatnya hanya untuk memastikan Dhia bahagia dengan pilihannya. Namun Rafi pernah terlanjur dengan rakan sekelasnya Melly.Enggan bertanggungjwab dan Rafi membawa diri ke Australia.Kepulangannya ke Malaysia membawa satu kebenaran dan malapetaka buat Azmi dan Melly.Mampukah Rafi membantu Azmi?
 Izreen sbg Melly
Melly,gadis lincah dan bermulut jahat. Mencemburui Dhia yang diminati ramai,Melly menggoda Rafi untuk mendapatkan cinta Rafi.Namun,Melly tersilap langkah,Rafi enggan bertanggungjawab.Akhirnya,Melly memerangkap Azmi untuk menjadi suaminya walaupun tahu Azmi akan bernikah dengan Dhia.Membuat kecoh di hari pernikahan Dhia dan menyebar fitnah Azmi adalah bapa kepada kandungannya.Melly berjaya memiliki Azmi namun tidak hatinya.Geram pada Rafi yang membongkar rahsianya,Melly cuba untuk memerangkap  Rafi dengan meletakkan dadah dalam beg.Namun,beg tersebut bukan milik Rafi tetapi milik Azmi. Akhirnya,Melly terjerat dalam permainannya sendiri.
Tasha sebagai Rose
Gadis bandar yang hidup serba mewah.Jatuh cinta pada Zikir walaupun tahu Zikir tidak menyukainya.Rose berusaha untuk mengambil hati emak dan adik Zikir untuk memudahkannya memiliki Zikir.




Comments