Cantikkan Muka dengan Madu




Good morning everyone...


Hai,tetiba je buat entri pasal tips kecantikan..Sebabnya ada orang puji,(tersenyum bangga dalam hati..)
bila ada orang puji muka yang cantik dan licin ni..cece..
Sibuk diorang tanya apa rahsia kecantikan anda?haha


Jawapannya: guna madu..
semua orang tahu khasiat madu kan cuma mungkin korang tak tahu cara nak pelbagaikan madu tu..
So,jom kita kongsikan cara madu boleh cantikkan muka
Madu ni korang boleh jadikan masker,
Ada dua cara madu boleh jadikan masker
1) Madu dengan telur putih 
Ambik madu kemudian campurkan dengan telur putih..yang kuning tak nak tau...
pastu gaul,kacau, 
kemudian sapu kat muka..tunggu hingga 15-20 minit..
bilas dengan air...




2) Madu dengan limau kasturi
Ambik madu kemudian campurkan dengan perahan air limau kasturi,
pastu sapu kat muka.. then bilas.
yang ni,korang boleh pakai tak kira berapa lama nak pakai...semalaman pun boleh
kalau nak pakai time tidur- lapik bantal dengan kain(kalau tak habis sarung bantal)
Korang akan rasa panas skit(kesan limau)
Senang kan...


Hasilnya..korang akan muka yang licin dan mulus...wah!


Selamat Mencuba!

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...