Saturday, February 11, 2012

Drama Atas Nama Cinta

atas nama cinta tv3

Atas Nama Cinta
Slot: Akasia
Mula siaran: 13 Februari 2012
Waktu siaran: 7-8 malam
jumlah episode: 25
Teks Preview Episode akhir

Sempena bulan cinta ini,banyak cerita cinta bakal menanti peminat-peminat drama Melayu.Drama Melayu semakin berkualiti sekarang,barulah best tonton...:)


Sinopsis
Ahmad bersama anaknya Saiful kembali ke kampung halaman untuk melarikan diri daripada "along" yang mengejar mereka. Di kampung,Saiful berkenalan dengan Cinta,seorang gadis yang mempunyai sakit jantung.Bapa Saiful suka berjudi,maka ia menimbulkan kemarahan orang kampung dengan sikap bapa Saiful.
Sulaiman bingung untuk mencari seorang budak lelaki untuk  isterinya yang trauma bagi menggantikan anaknya yang meninggal dunia.Sulaiman juga mempunyai anak perempuan bernama Balkis.
Suatu hari,Ahmad meninggalkan Saiful di kampung.
Saiful nekad mencari ayahnya di Kuala Lumpur,Dia tidak menyangka, Cinta ingin mengikutnya untuk mencari ibunya.
Suatu hari,Sulaiman berjumpa Saiful yang sedang mendukung Cinta dan wajah Saiful iras arwah anaknya . Sulaiman menyakinkan Saiful untuk menjadi anak angkatnya.Saiful bersetuju untuk menjadi anak angkat kepada Sulaiman dan namanya bertukar menjadi Ghaz. Ghaz@Saiful dibawa oleh keluarga angkatnya ke Perth,Australia. Cinta dimaklumkan bahawa Saiful telah meninggal dunia.
Masa berlalu,Cinta dan Saiful/Ghaz telah dewasa. Cinta berperluang mengikuti kursus di Perth dan bertemu Tengku Farish(lelaki yang pernah menyelamatkannya dulu).T.Farish memperkenalkan Cinta kepada teman baiknya Ghaz.Ketika bertemu Ghaz,Cinta dapat merasakan dia adalah Saiful.

Para pelakon:
Fiza Elite: Cinta
Shah Iskandar(pelakon kelahiran singapura): Saiful/Ghaz
Shah Jazle: Tengku Farish
Tasha Shilla: Balkis
Wan Shade: Sulaiman


Lagu tema: Atas nama Cinta - komposer AIDIL AF3
tentu korang tertanya-tanya siapa penyanyi  lagu  tema atas nama cinta kan
jawapannya:
pelakon utama drama ni sendiri- fiza,shah iskandar dan shah jazle
still searching for full song
tapi buat permulaan,dengar dulu intro ye

3 comments:

yang tukang komen.terima kasih banyak2.mohon diletak nama