join admya di FB

Maggi oh Maggi



Salam buat semua...

Hari nie kita nak cerita pasal maggi?Eh..kenapa tetiba je nak cerita pasal maggi..Sebabnya kerana maggi la,nyaris-nyaris bertekak mulut dengan cashier kat pasaraya..

Ceritanya begini...suatu petang pergi pasaraya,ye ar stock maggi dah habis...antara stock wajib di top-up..walaupun bukan selalu makan maggi(sebab maggi tak baik untuk kesihatan)..

Ak: Kak,maggi kat mana?
Cashier: tu kat depan tue..
ak pun pergi ikut arah yang dikatakan,tapi tak nampak maggi pun...cintan ada ar
pergi balik kat cashier...
Ak: takde pun maggi...saya nak maggi
Cashier: tu ar maggi
Ak: (dalam hati...mesti dia ingat semua mee segera - maggi)saya nak Maggi
Cashier: Itu la maggi!
Ak: (geramnya)tak pela
Cashier 2: Maggi kat belakang
Cashier: oo Maggi...kat belakang
Ak: (habis yang aku minta tadi apa,bukan Maggi ke)bayar duit -sebab beli barang lain then cepat-cepat keluar tanpa membeli maggi)

Oleh kerana kita sudah sinonim dengan Maggi,sampai semua brand mee segera/instant noodle kita panggil Maggi.
Apa lagi ye...yang kita panggil nama brand bila beli barang?
Colgate- ubat gigi(semua ubat gigi kita panggil colgate- Colgate Darlie,colgate Mukmin..
Vitagen -semua jenis cultured milk drink kita panggil Vitagen macam Vitagen Yakult(sampai Yakult ubah pattern botol dia sebab tak nak sama dengan Vitagen(kalau korang tengok negara lain-botol yakult sama macam Vitagen,Malaysia je spesial...hehe...
Milo- minuman kegemaran rakyat Malaysia -kira semua jenis air Koko kita panggil Milo(Ovaltine pun dah berapa dengar sekarang)

Balik pada cerita Maggi tadi, sebenarnya  banyak kenangan dengan Maggi ni..opss mee segera..Pernah sekali order Spring noodle(ingat mcm mana la spring noodle ini,sampai-sampai Maggi..geram betul..makan kat restoran tapi order mee segera...
lagi satu,makan di gerai  dari negara Indonesia(time convo UKM)  yang jual makanan Indonesia- orderla Mee Air sebab ingat Mee Sup(alih-alih Maggi).hampeh betul!


 bila tengok lee min ho makan maggi,teringat kwan sekolah rendah,diorang suka betul makan mentah macam nie...sedap ke?sampai sekarang tak pernah cuba!


kalau tengok scene dalam korean drama,mesti ada scene makan ramyun..kekadang  sampai berselera nak makan Maggi  jugak..haha

Apapun, I LOVE MAGGI CURRY...

Comments