join admya di FB

Drama Dingin Lavenda Slot Zehra


Nama drama: Dingin Lavenda
Slot: Zehra
Waktu siaran: 9malam
Hari Siaran: 9malam
Jumlah episode?:13
Adaptasi  dari novel: DINGIN SALJU INDIANA karya Pn Nurolsham Saidin. 



Para pelakon:Eira Syazira, Zarina AF, Faralyna Idris, Azlee Khairi. 



Sinopsis Dingin Lavender
Jannah yang berpegang teguh dengan agama Islam juga berjaya membimbing Nana berubah menjadi seorang Muslimah yang soleh. Perangai Murni mula berubah menjadi sensitif dan kebudak-budakan selepas tiba di Melbourne.
Jannah yang sudah bertunang dengan Azhar (Azlee Khairi) selalu berhubung melalui kiriman emel. Kata-kata Azhar yang selalu memberi semangat dan dorongan kepada Jannah untuk berdepan dengan pelbagai cabaran baru di bumi asing. Jannah bertemu semula dengan Matthew di Melbourne. Matthew sering menghabiskan masa bersama Jannah, Nana dan Murni kerana keinginannya untuk mempelajari cara hidup Islam. Kemesraaan Matthew dan Nana telah menyebabkan Murni cemburu sehingga berlaku pergaduhan besar antara Murni dan Nana.
Murni juga marah dengan Nana yang telah merampas Matthew daripadanya. Akibat terlalu mengikut nafsu dan jiwa yang memberontak, Murni telah bersekedudukan dengan Megat dan berjinak-jinak di bar. Sementara, Nana yang telah menemui jodoh bersama Iskandar, Jannah pula berdepan dengan kekecewaan selepas Azhar beralih cinta kepada sepupunya, Munira. Apakah Jannah akan menerima lamaran Matthew yang sudah memeluk agama Islam? Bagaimana pula dengan Murni yang semakin tenggelam dalam dunia gelapnya? Jannah yang tidak pernah berputus asa untuk mencari Murni bertekad untuk membimbing kawan baik mereka ke jalan yang sebenar. Berjayakah Jannah?


admya- korang perasan tak Jannah pakai tudung sama je setiap episode.Dah tue,tudung tak pernah bukak even dalam bilik takkan PELIK. may be dia nak tunjukkkan prinsip Jannah yang tak mudah goyah??Kalau ia pun tukar la lain tudung.



Tiga sahabat Nana, Jannah dan Murni
Para Pelakon:


Eira Syazira dalam dingin lavenda 399x600 Sinopsis Dingin Lavenda (Slot Zehra TV3)
Eira Syazira sebagai Jannah

Faralyna sebagai Nana



Mohamed Salleh sebagai Matthew



Azlee Khairi sebagai Azhar








Comments