Tuesday, November 29, 2011

Drama Karma slot ratu tv9



 
Tajuk drama: Karma
Channel: tv9
Jumlah Episode:  13
Pelakon: Tarmimi Siregar,Datin Ziela Jalil,Fouziah Ghous\
Waktu siaran: 8.30-9.30mlam
Hari siaran: isnin-selasa
arahan: Erma Fatima

 
Synopsis Karma:
Pertemuan singkat antara Karmila 23 tahun seorang pelakun popular dan Tan Sri Fahrul Sani 64 tahun seorang ahli politik telah membuahkan cinta yang tidak lagi boleh dipisahkan lantaran Tan Sri Fahrul mahu menghalalkan hubungan mereka dengan menikahi Karmila meskipun dia tahu keputusan ini akan menghancurkan hati Waheeda isteri pertamanya. Perempuan mana yang sanggup hidup bermadu. Tidak pernah ada manisnya bermadu ini. Hampir 1 tahun Tan Sri Fahrul memburu cinta Karmila dan dia sentiasa sabar menghadapi Karmila dan hari ini dia telah berjaya membuktikan kesungguhannya didalam mencintai Karmila. Karmila akhirnya akur dengan kesabaran dan kesungguhan Tan Sri lantaran dia begitu yakin bahawa Tan Sri Fahrul Sani benar-benar mencintainya. Meskipun dia terpaksa berdepan dengan cemuhan dan kutukan, dia nekad cinta mereka harus berakhir dengan perkahwinan. Karmila membuat pengumuman yang menggemparkan seluruh Malaysia bahawa keputusan dia ini adalah atas dasar cinta bukan kerana harta. Karmila mahu mengakhiri careernya sebagai pelakun. Eizlan yang selama ini mencintai Karmila menuduh Karmila mata duitan dan perempuan murahan kerana kononnya mempunyai hubungan dengan Tan Sri sebelum ini tanpa pengetahuannya. Sedangkan hubungan antara Tan Sri dan Karmila Cuma 3 bulan sahaja. Karmila dengan sengaja mengakui semua itu supaya Eizlan membencinya. Dia tidak mahu Eizlan kecewa dengan keputusannya. Keluarga Karmila begitu gembira dengan keputusan Karmila itu kerana mereka juga sukakan Tan Sri. Seluruh kampung menghina keluarga Karmila kononnya menjual anak tapi mereka menghadapi dengan tabah demi kebahagiaan Karmila. Karmila tidak mampu berterus terang siapakah bakal suaminya kerana dikhuatiri akan menjejaskan status Tan Sri lalu seluruh keluarga merahsiakan tentang bakal suami Karmila itu. Sekumpulan Datin termasuklah Waheeda mengutuk artikel pengakuan Karmila itu kononnya Karmila artis materialistik. Mereka berteka teki siapakah bakal suami Karmila itu. Eizlan cuba untuk menghalang perkahwinan itu lantaran dia bersemuka dengan Waheeda sendiri untuk memberitahu perancangan Karmila dan Tan Sri. Waheeda terpukul dengan berita itu dan berdepan dengan Tan Sri. Lebih memedihkan bila Tan Sri mengakui perkara itu.

 



 
  • cerita kedua fouziah sebagai madu..
  • cerita pertama datin ziela jalil sebagai antagonis
  • cerita pertama fouziah sebagai isteri datuk tarmimi

1 comment:

  1. boleh saya kenali siapa penolong pengurus produksi yg bernama jidin

    ReplyDelete

yang tukang komen.terima kasih banyak2.mohon diletak nama