Monday, May 9, 2011

Drama Juvana TV3


AKU TAK TERPERANGKAP SELAMANYA
Pelakon utama Juvana
Lencana sekolah wirakbakti

Selepas menonton ep1 drama Juvana minggu lepas, sememangnya drama Juvana mempunyai tarikannya yang tersendiri.Selain mengupas tentang kisah remaja Juvana,tapi banyak nilai dan moral yang boleh diambil sebagai pengajaran oleh remaja di luar sana.


Tajuk Drama: Juvana
Pengarah: Faisal Ishak
Para Pelakon: Zahiril Adzim,Bront Palarae,Izreen Azminda,Beto Kusyairy, Irfan Roslan
Jumlah Episod: 13
Waktu Siaran: Isnin/9.00pm
Channel Siaran: TV3
Terbitan: Filmscape(Khabir Bhatia)
Lagu tema: Babak Pertama (Download babak pertama)

Para Pelakon:

watak-watak-dalam-juvana


SiNOPSiS

Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.
Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Kusyairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

 Apapun Cerita Juvana memang menarik,bukan mudah nak mengajar budak2 yang lebih pandai daripada Cikgu..
 Jom tonton!


related article:

JUVANA catat rating 3 setiap minggu
Daim bebas??
Juvana episod akhir


1 comment:

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq