join admya di FB

Pesanan Buat Remaja

Cepatnya masa berlalu...
Kini tahun baru tiba lagi. Sempena tahun baru,pasti ramai yang berazam baru..Bagi sesiapa yang pasang azam baru...cuba sedaya upaya untuk tunaikan azam tue...kalau azam tahun lepas tak tertunai,apa kata tunaikan dulu azam lama...

Biasanya tahun baru bererti kita membuka lembaran baru..Bagi parent yang mempunyai anak-anak yang bersekolah pasti kembali sibuk mengurus anak-anak.Siswa dan siswi juga memulakan semester baru bagi tahun ni.Hargai peluang yang datang ketika belajar.Ia bukan senang untuk digapai.Punjangga pernah berkata hargai dua perkara ini kerana jika ia pergi,ia tidak akan datang kembali iaitu umur dan peluang.Memang benar,jika kita tidak hargai umur kita dengan penuhi dan lakukan perkara yang bermanfaat untuk kita,umur tidak boleh diundur kembali,malah ia akan sentiasa meningkat.
Begitu juga dengan peluang.Peluang tidak akan datang berkali-kali kepada kita.Hargai setiap peluang yang diperolehi,jangan sesekali mensia-siakannya.Pelbagai senario melanda remaja hari ini.Mengapa ia berlaku? Jati diri,sahsiah,keperibadian yang longgar serta ilmu yang cetek,maka ia muda melawan arus,hidup kehilangan rentak,langkahnya sumbang....akhirnya terjerumus dan terlingkup apabila gagal mengawal diri.Jangan menuding pada orang lain,kerana satu jari dituding,tiga jari masih ke arah kita.
Jika tidak mudah terpengaruh,tidak mengambil kesempatan ke arah negatif,tidak mudah terleka,semua ini tak akan menjadi.Oleh itu,dirikan tembok yang kebal pada diri,agar tidak mudah diruntuhkan,hidup tidak mudah layu dan alpa dengan keseronokan dunia.

Comments