join admya di FB

Telemovie Raya: Istana Firdaus







Salam Raya, Salam drama.
Fasha Sandha kembali dengan drama meruntun jiwa- Istana Firdaus
Tayangan: 23 Jun 2018, 9 malam
Sinopsis:
Olahan dari kisah benar. 
Liza dan Kamal adalah pasangan bahagia dengan dua anak iaitu Danial dan Darwish. Anak-anak mereka diasuh oleh Mak Su sementara mereka bekerja. Suatu hari,Mak Su pengasuh Danial tidak sedar Darwish tersedak susu. Darwish disahkan meninggal dunia setiba di hospital. Sejak kejadian itu, Kamal tidak membenarkan Danial pergi ke rumah Mak Su lagi. Mak Su sedar kesilapannya dan memohon maaf pada Liza. Namun, Liza enggan memaafkannya dan menjadi murung semenjak itu.  Sepanjang masa dia bersedih atas kehilangan anaknya itu. Segala tugas kerja rumah diambil alih oleh Kamal. Danial pula berasakan dirinya diabaikan kerana ibu bapanya sering bergaduh. Dalam diam, Danial berjumpa Mak Su di masjid.  Danial sering berdoa agarnya nyawa diambil dan dia boleh bersama Darwish.

Para pelakon:

  • Fasha Sandha - Liza
  • Redza rosli - Kamal
  • Nik  Adam Mika - Danial
  • Fadilah Mansor - Mak Su


Sedutan dari telemovie:









admya: sebaknya drama ni.




follow admya di facebook

Comments