100 hari Mengenal Cinta


Akan datang. Drama adaptasi terbaru -100 hari mengenal Cinta. Karya Syu Ariani(Dekatkanjarakkita).


Sinopsis:

Airina Hanissa menjadi tunang Harris tanpa sebarang rasa cinta. Setelah Harris ketahuan hanya mempergunakan Airina untuk memburu cinta wanita lain, Airina nekad untuk putuskan pertunangan sekaligus membatalkan majlis perkahwinan mereka. Hazizul Amin, adik sebapa Harris, muncul memberi idea.
.
“Kita kahwin. Untuk 100 hari. Kalau lepas 100 hari kita masih tak boleh terima satu sama lain, aku janji aku lepaskan kau,” - Hazizul Amin
.
“Tapi kenapa 100 hari?” - Airina Hanissa
.
“Aku nak kenal cinta dengan kau dalam masa 100 hari tu,” - Hazizul Amin
.
Airina bersetuju demi keluarganya. Bermulalah perjalanan mereka dalam mengenal apa itu cinta.
.
Hari berlalu dan Airina mula mengenali siapa Hazizul Amin sebenarnya. Ternyata lelaki itu punya kisah sedihnya sendiri. Hati Airina mula terbuka untuk Hazizul dan dia harus akui, dia sudah mengenali cinta. Tetapi bagaimana pula dengan Hazizul?
.
Dugaan melanda perkahwinan apabila Syida menggoda Hazizul. Perasaan cinta ditolak ke tepi, hanya prasangka buruk dan rasa dikhianati menguasai diri.
.
“Ceraikan saya!” - Airina Hanissa
.
“Abang takkan lepaskan sayang. Orang yang dah tolong abang overcome trauma abang. Orang yang dah lama ada dalam hati abang sejak dulu lagi!” - Hazizul Amin
.
Sejak dulu lagi? Airina termangu sendiri.


Comments

  1. Bila tayang? Production apa? Siapa berlakon? ��

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...