join admya di FB

Dia Pengantinku






Salam drama. Drama Dia Pengantinku karya kedua Nurfaza Alisya yang bakal diadaptasi. Drama trending! Lebih 15 k pageviews.Update ep 22


Sebelum ini novel Isteri Untuk Diktiraf telah terpilih. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Shahrul Ridwan, Mawar Rashid dan Azrel Ismail. Tisha yang pernah berlakon dalam Titian Cinta pun ada. 

Penerbitan: Fajarpakeer
Jumlah episode: 26
Channel: RTM 1


Sinopsis novel:
Aimi Najwa seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjayanya lebih penting daripada memikir soal jodoh. Apatah lagi dia bukannya gadis yang pandai memasak!

“Awak ni buta ke?! Tak nampak ke saya tengah jalan ni?” 

Jiwa Aimi Najwa bergolak tidak tentu arah. Mengapa lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkingannya adalah anak majikannya sendiri? Dan dia juga lelaki yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada karnival pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif?

Entah di mana harus disorok wajahny. Namun, Aimi Najwa harus bersabar menghadapinya. Yang penting rahsianya tidak diketahui teman sepejabatnya. Namun telinganya berdesing sebaik terdengar suara gemeresik Syed Ashraf memanggilnya ‘Cik Pengantin’. Gelaran yang paling benci didengarnya.

Rombongan merisik akan datang! Penolakan Aimi Najwa dikenakan syarat oleh abah dan uminya untuk mengenali semula lelaki yang pernah menjadi teman zaman kanak-kanaknya. Cinta monyet yang pernah terjadi antara mereka dahulu. Siapa lagi kalau bukan si chubby Bobo atau nama penuhnya Shahabudin!

Cinta itu hadirnya tanpa diundang. Datangnya tanpa diduga. Itulah yang terjadi kepada Aimi Najwa. Dia senang dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Shahabudin. Tanpa sedar ada perasaan yang ‘bertamu’ di hatinya untuk Syed Ashraf. Dua lelaki yang berlainan watak. Namun sikap kedua-dua lelaki ini yang sama membuatkan dia keliru. Kedua-duanya berjiwa lembut dan penyayang.

Dalam resah hati terpaut. Dalam benci ada cinta. Sukar untuk Aimi Najwa menerima kenyataan yang terbongkar. Semakin dia menjauhi insan yang menyintainya, hatinya mula disirami rasa rindu. Diundang pula dengan rasa cemburu terhadap Tengku Elisa yang semakin rapat dengan insan yang telah melukai hatinya.

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta? Siapa yang Aimi Najwa cintai? Siapa yang harus dia pilih? Shahabudin atau Syed Ashraf?









  tisha bawa watak antagonis lagi



Tonton Dia Pengantinku ep 26

diapengantinku

admya: follow fb admya



Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq