join admya di FB

Titian Cinta episode 16





Kedatangan Mama membuatkan hati Aisy kecewa. Mama memaksa Aisy membenarkan Harris untuk berkahwin dengan Sofea. Aisy cuba merahsiakan kedatangan dan niat Mama daripada Haris 




 Aisy terpaksa membuat keputusan walaupun dirinya tak rela. Demi keturunan suaminya, apatah lagi Harris adalah anak tunggal.


Rancangan Puan Sri ditolak Nenek Harris.Mama cuba mempertahankan keputusannya. 

But end up kena perli dengan Nenek.haha.Padan muka Puan sri,baru takut!



Aisy cuba memberi "hints" kepada Harris yang dia membenarkan Harris berkahwin lain. Namun, macam biasa cadangan itu ditolak Harris.



Danial semakin berdendam pada Aisy selepas mendapat perkahabaran ibunya meninggal dunia. Rancangan Mama menyatukan  Haris dan Sofia sering kali gagal apabila permintaan tersebut ditolak Haris.


Kali ini, Sofea pula kena zass dengan Harris, itulah menyibuk lagi pasal Aisy. Kena sebijik.

 Pertemuan semula Aisy dengan Ryan yang asalnya perjumpaan  antara pemilik company dengan sv  pelajar Aisy yang pratikal di syarikat Ryan menimbulkan rasa cemburu dan amarah di hati Harris.

Tenungan Harris, Aisy sudah cukup maklum, yang suaminya sedang dilanda amarah cemburu.Cepat-cepat Aisy beredar meninggalkan Ryan.

Ryan pula seakan-akan gembira melihat Harris marah sebegitu. Ini bermakna rancangannya berjaya.
Di rumah, Aisy cuba menjelaskan keadaan sebenar,namun sukar diterima Harris.
 Sejak itu, Harris mula mejauhkan diri dari Aisy.  Danial masih cuba menggangu Aisy, Mujur Aisy sempat beredar dengan pantas.
Bila Mama memaklumkan Aisy telah  apabila mengetahui Aisy menandatangani borang persetujuan poligami tanpa memaklumkannya.
Haris kecewa dengan sikap Aisy yang seolah mempermainkan perasaannya.

Episode 16


Episode 17


Comments