Hatimu,,, Izinkan ku huni.
Antara pelajaran, perjuangan, dan cinta yang jauh, Iqbal meniti semuanya penuh tertib, penuh cermat. Dan sebagai lelaki, sebagai insan... yang paling menguji tentunya adalah cinta. Tiga bulan tanpa apa-apa berita, namun Iqbal masih memegang pada janji. Utusan e-mel misteri membangkitkan tanda tanya - seakan mahu mencurahkan isi hati - siapa sebenarnya Nailofar?
Channel: RTM 1
Terbitan: NS Star Studio
Tayangan: jumaat-ahad
waktu : 7 malam
Jumlah episode: 13
Sinopsis:
Sesegar Nailofar mengisahkan tentang Iqbal yang sedang menghabiskan pengajiannya di Jordan. Di Malaysia, kepulangannya dinanti oleh Salsabila- sahabat yang dikenali sejak bangku sekolah.Ibu Salsabila, Shahera seringkali menekankan kepada Salsabila supaya mencari jodoh dalam kalangan keturunan Sargoff. Dalam diam dia merancang dengan kakaknya, Zaiton mahu menjodohkan Salsabila dengan Nazim, anak Zaiton yang baru menamatkan pengajian dari England. Salsabila menolak dalam diam kerana dia dan Iqbal mula saling menyayangi.Ketika itu di kawasan perumahan mereka menjadi kecoh apabila ahli sebuah kumpulan jenayah, Kumpulan Gagak Merah telah ditangkap. Ditakdirkan Iqbal dan Marisa melanjutkan pengajian ke Mesir. Salsabila pula terpaksa menurut arahan keluarganya menyambung pelajaran dalam negara. Salsabila dan Iqbal berjanji akan setia dalam hubungan mereka dan Salsabila juga membantu kewangan Iqbal untuk perbelanjaan di Mesir.
Di Mesir Iqbal bertemu Hazwani, kawan baik Marisa dan Ghufron yang sama-sama belajar di Mesir. Berlaku kejadian yang membuatkan hubungan Iqbal dan Hazwani menjadi rapat. Pada masa sama Iqbal seringkali menerima kiriman email daripada seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Nailofar yang membuatkan dirinya tertanya-tanya siapakah gerangan penama tersebut.
Rahsia percintaan mereka selama tiga tahun musnah bila Shahera mengetahui perkara tersebut. Salsabila pula menggesa Iqbal mempercepatkan usaha meminangnya. Iqbal akhirnya pulang ke Malaysia. Namun Iqbal terpaksa menerima hakikat Salsabila bernikah dengan Nazim kerana bimbangkan kesihatan ibunya yang mendesaknya berkahwin dengan lelaki itu. Rombongan Iqbal meminang Salsabila ditolak mentah-mentah oleh ibunya walaupun ayah Salsabila merestui hubungan anaknya dengan Iqbal.
Pada hari pertama perkahwinan, Salsabila terkejut dengan sikap Nazim yang baran dan kasar. Perkara itu disampaikan kepada ibunya namun dia dituduh mengadakan cerita. Iqbal terus menerima kiriman email Nailofar dan ayat yang digunakan sama seperti yang diucapkan Hazwani. Iqbal bertemu Hazwani untuk meminta penjelasan serta pengakuannya tentang identiti Nailofar. Akhirnya Hazwani mengaku tentang email tersebut.
Sementara itu Salsabila terkejut melihat gambar Nazim berlatar belakangkan logo Kumpulan Gagak Merah dan merasakan suaminya itu ada hubungan dengan kumpulan penjenayah tersebut.
Iqbal pula ke Malaysia dan bekerja di pejabat agama. Manakala Hazwani menjadi pensyarah di universiti yang sama dengan Salsabila mengajar. Mereka mesra sebagai rakan sekerja. Iqbal dan Hazwani pula akhirnya selamat menjadi suami isteri.
Hazwani meminta Salsabila menceritakan masalahnya bila melihat kesan lebam di muka kawannya itu. Salsabila yang sudah tidak tahan dipukul Nazim akhirnya memberitahu perkara sebenar. Hazwani meminta Salsabila mengadukan kepada pejabat agama. Di situlah Iqbal bertemu semula dengan Salsabila. Hazwani terkejut mengetahui Salsabila merupakan bekas kekasih suaminya.
Hazwani terkesan dengan kisah silam Salsabila dengan Iqbal yang menyebabkannya menjauhkan diri daripada Salsabila. Salsabila pula sedaya upaya meyakinkan Hazwani bahawa hubungan cinta dengan Iqbal telah lama berakhir.
Siasatan polis mendapati Nazim merupakan anggota Kumpulan Gagak Merah dan tidak menghabiskan pengajiannya di England. Salsabila berasa tertipu dengan kenyataan tersebut. Hazwani kecil hati dengan tumpuan Iqbal terhadap masalah Salsabila. Nazim mengamuk besar bila mengetahui Salsabila memberitahu perkara tersebut kepada keluarganya. Dia memukul Salsabila hingga menyebabkan isterinya itu cedera tulang belakang. Ketika itu juga Salsabila diceraikan oleh Nazim.
Kejadian itu membuka hati Hazwani untuk menerima kehadiran Salsabila dalam hidup mereka. Apakah Hazwani rela menerima Salsabila sebagai madunya?
sinopsis credit to budiey
Para Pelakon:sinopsis credit to budiey
Aishah Azman- Salsabila
Edwin Dawson- Iqbal
Hana Aqeela- Hazwani
Kodee Rashid- Nazim
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq