Tips Bercuti Ke Kundasang, Kota Kinabalu, Sabah




Alhamdullilah, berjaya akhirnya kami pergi ke sini. Mana lagi Kundasang-KK, Sabah.
Entry ini adalah untuk sesiapa yang berminat bercuti atau mengembara ke Kundasang- Kota Kinabalu.
Admya masih mengekalkan tips yang sama iaitu destinasi Bajet. 


Sebelum Berlepas:

1. Macam biasa kena book tiket dahulu. Kalau beli time promo, boleh datang kurang dari RM300 (return).
2. Perjalanan kali ini hanya dalam negara, jadi passport tak diperlukan melainkan anda bercadang nak singgah ke Brunei. Jika ke Sabah, hanya perlu bawa kad pengenalan. Jika bawa anak-anak, jangan lupa bawa my kids depa.
3. Tempah@book kereta awal. Selewatnya sebulan sebelum tarikh anda pergi.
4. Tempah hotel
Ada 2 pilihan:

  1. sama ada booking terus melalui owner kereta sewa(kadang2 dorang ada pakej (kereta-hotel) sekali
  2.  booking hotel sendiri.

Hotel di Kundasang.


Admya memilih Mile Lodge 36 
Harga murah, service ok.Cuma takde view.(Bajet kan)
Hotel ni tak perlu air con dan kipas, dah sejuk..Tidur dalam selimut pun terasa sejuk gunung.

Kalau nak view Gunung Kinabalu, 
stay around Pekan Kundasang. Contoh hotel - Pine resort.

Iternerary Hari Pertama.

Flight touch down, kami call owner kereta sewa untuk pick up.
Tips
Paper yang diberi di Imigresen Sabah perlu disimpan hingga keluar Sabah. Jadi paper tu perlu diberi semula masa check in flight balik Semenanjung.

Kami sewa kereta + pemandu sekali. sebab tak berani nak drive naik ke Kundasang. (maklumlah all girls)
Tapi bagi pergi by group dan plan sewa van, admya nasihatkan ambik driver sekali. 

Kami terus ke Kundasang(perjalanan mengambil masa 2 jam lebih dari Airport KK.
macam ni la perjalanan dia, kalau ada lori di hadapan, jadi le keretapi sekejap.


First stop- Rumah Terbalik

Honestly, tak berbaloi pergi Rumah terbalik ni. Reason:
  1.  tak boleh ambik gambar dalam rumah
  2.  Tiket rm10.60
  3. Tour tak sampai 10 minit je dalam rumah.
Uniknya, rumah terbalik ini adalah rumah terbalik pertama di Malaysia.Tapi bagi yang tak pernah masuk upside down house,boleh la jenguk.
Perjalanan diteruskan ke Kundasang. On the way tu bolehlah singgah ke Jambatan Tamparuli untuk snap photo.view dia agak menarik. 

Singgah di Pekan Nabalu.  Pekan yang terkenal dengan jualan cenderahati dan Nenas. Memang manis nenas dia. Tapi kami tiba dah petang, kedai-kedai banyak yang nak tutup, so kami jalan-jalan cuci mata.

Check In Hotel.

Kundasang takde apa yang menarik sebelah malam. Jadi kami hanya turun ke Pekan Kundasang untuk makan malam.
Kami makan malam di Restoran Intan memandang restoran yang kami plan nak pergi penuh.

Orang tempatan di sini memang suka makan sayap madu(kepak madu).
Balik hotel, tidur. 
Tamat perjalanan hari pertama.

Tips:
  • Seeloknya bermalam di Kundasang jika nak lihat view Gunung Kinabalu
  • Tengahari- Puncak Gunung Kinabalu akan dilitupi awan.


Hari Kedua

Azan Subuh di Kundasang adalah sekitar jam 4:40 pagi. Menggigil nak mandi, Sejuk Gunung terasa lagi.

6:30 pagi Sarapan
Hotel Mile Lodge kami tinggal ada menyediakan sarapan.(jimat belanja).
Terus check out.
7.00 pagi : Jalan-jalan di Pasar pagi Kundasang.
8:30 pagi : Bertolak ke Desa Cattle Farm.


Desa Cattle Dairy Farm
Bayaran masuk: RM5.
(awal pagi lagi kereta dah beratur-dah ramai orang)


View dia MasyaAllah, memang ala New Zealand.
Kat sini pun ambik gambar view Gunung Kinabalu.Heaven
sebab tu kena pergi awal pagi.


ni lembu tengah perah susu.


Bayaran untuk beri anak lembu dan anak kambing makan:


Tak sah kalau pergi sini, tak makan ice cream, memang sedap.
Kami siap beli susu. Fresh dari ladang.


Harga ice cream- rm5:30 sen satu mangkuk
tak puas makan, 


Balik dari Cattle Farm, kami singgah ke Kundasang War Memorial di Pekan Kundasang.
Bayaran: RM2(dewasa)
(lebih nak  look and snap view)

Next, kami pergi Kundasang War Memorial
Bayaran masuk -rm2
Sambil mengenang sejarah, tempat ini juga mempunyai view menarik untuk melihat pekan Kundasang.



Jambatan Tamparuli- tempat paling femes jika pergi Kundasang. 



Then, kami pergi Tagal Fish Sungai Moroli Kg Luanti untuk merasai  spa ikan
Bayaran : rm5
tempoh masa : 15 minit(agak pendek masa dia bagi)tak puas walaupun geli.haha
Harga makanan ikan: 20 sen setiap orang



inilah ikan dia yang kami geli tu haha.
dia akan makan lapisan kulit mati di kaki.tu yang geli bila dia cium kaki.

indah je permandangan di sini


Hilang rasa geli main ikan, singgah minum Sabah Tea di Sabah Tea Plantation yang terletak sebelah Tagal Fish.


Yang minat mandi air panas. boleh le singgah ke  Poring Hot Spring.


Destinasi seterusnya -Kinabalu Park
Bayaran: RM3

Turun ke KK, Kami singgah di Pekan Nabalu untuk beli cenderahati. Harganya lebih murah berbanding KK. Ada tshirt, keychain, beg, cenderahati yang lain ada utk dijadikan ole2.




Selepas melawat Kundasang, kami turun semula ke Kota Kinabalu.
Sebelum itu kami singgah di Pekan Nabalu, untuk membeli barangan cenderahati. Jika korang nak beli barang kenang-kenangan Sabah, elok beli di sini kerana harga di sini lebih murah dan boleh tawar menawar berbanding di bandar Kota Kinabalu.


Tiba di Kota Kinabalu, kami stay di Hotel Waterfront Kota Kinabalu. Lokasi amat strategik. Sebelah ada Mall, nak pergi Pasar Philipines, Pasar boleh jalan kaki je.
Malam-malam nak pergi makan Seafood pun senang. Sebabnya, area Pasar ini parking susah.Jadi kalau hotel dekat, takdelah nak menapak jauh kalau parking takde.

Next destination Island Hopping, Kota Kinabalu( lawat pulau)



admya:
page ini masih dalam editing. 

jika nak number kereta sewa, boleh request di ruangan komen dengan letak email.
atau email terus di fr.lisa10@gmail.com









Comments

  1. semoga ada kesempatan untuk saya ke sini pulak :)

    ReplyDelete
  2. ada plan nak ke sabah tahun depan..harap2 diberi kesempatan untuk ke sana.

    ReplyDelete
  3. sory tnya,awk mmg xdrive ler spnjg kt sna ek.driver tu ker yg bawak awk ke smua tmpt smasa percutian awk kt sna??

    ReplyDelete
  4. nora
    driver hanya bawa ke kundasang dan area di sekitarnya
    di kk kami drive sendiri

    ReplyDelete
  5. bole share no phone kereta sewa? TQ!

    ReplyDelete
  6. Berapa harga kereta sewa dari KK airport terus ke Kundasang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga berubah mengikut musim. ia jadi lebih mahal jika pergi musim cuti sekolah. boleh hubungi number yang admin bagi di reply di atas.pastikan buat tempahan sebulan sebelum pergi.
      sebab book last minute harga pun tak dapat diskaun

      Delete
  7. Sis, boleh bagi contact no kereta sewa.. sis punye trip ni brapa hari ye? ni email sy snaisha7@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Bestnya.. Pemandu tu bermalam sekali ka kat kundasang?.. Berapa dia charge harga kereta dan upah memnadu sepanjang 4 hr 3 mlm tu.? Boleh email akak khaty69@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. ya,kami pergi
      boleh baca di sini
      http://admya.blogspot.my/2017/11/tips-bercuti-di-kota-kinabalu.html

      Delete
  10. Minta share boleh? kami bercadang nk pergi familyday, nk ambil tips kamu, thank you ye..

    ReplyDelete

  11. TIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
    Mari Bercuti Ke Sabah.... 2018

    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Antara Kelebihan kami:

    Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..
    a) Nissan Urvan RM250 sehari
    b) Toyota Innova Model Baru RM250 sehari
    c) Toyota Avanza RM160
    d) Nissan Grand Livina RM170
    e) Proton Exora RM170
    f) Produa Alza RM150
    g) Toyota Vios RM160
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Bezza RM140

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.
    * Kadar harga lebih rendah untuk sewa
    secara bulanan.

    Antara kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm300 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM25.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
    Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
    * Banana Boat RM30 (15 mnt)
    * FlyFish RM60 (15 mnt)
    * Parasailing RM55 (15 mnt)
    * Jetski RM150 (30 mnt)
    * Sea Walking RM160 (30 mnt)

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    Hubungi kami

    Whatsapp Link
    https://chat.whatsapp.com/6wQC4t63nEv6wEK5ZDo524

    0129600702 (Whatsapp/call)

    Boleh Call atau Whatsapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Follow this link to join my WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/387y16twAxM8JkZcLf65AP

      Delete
  12. Hi nk tnya bole share x details utk sewa kereta sekali dgn driver? Ni email faridazham@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Bestnye. First time pergi sebab kerja.. Plan nak bawak family tahun 2018. Tengah simpan duit.. Kuikui..

    Jemput singgah ke blog sy ye shidotdotcom.blogspot.com. Saya budak baru kalau ada perlu diperbaiki. tolong komenkan.. hehe

    ReplyDelete
  14. Teringin nak pergi sabah..baru mencari info

    ReplyDelete
  15. Salam & salam sejahtera

    Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang sangat berpatutan dan yang penting puas hati

    Exora Auto : Rm160/sehari

    Kereta masih baru
    Keadaan kereta tip top
    Tiada masalah untuk perjalanan yang jauh

    Kami juga menyediakan guesthouse/homestay di bandar kk harga serendah
    rm160/sehari

    Untuk pertanyaan dan detail harga pakej boleh whatsapp @ hubungi saya 011-16214025

    Tq😁

    ReplyDelete
  16. boleh bg cadangan tak tempat yg blh kita singgah dahulu lepas jambatan tamparuli
    hingga ke dairy desa farm.insyallah sy 2h 1m kat sana kundasang nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seperti dalam post - kinabalu memorial war, pekan nabalu, pasar malam kundasang, tagal spa ikan, ladang teh sabah, dan lagi satu kampung arnab kundasang

      Delete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...