Monday, July 10, 2017

Drama Wanita Terindah



 Adakah anda suka gandingan mereka? Jika ya, nantikan gandingan mereka dalam drama Wanita Terindah,

Fazura dan Fattah Amin bakal bergandingan lagi dalam drama wanita terindah drama adaptasi karya Ezza Mysara. Melihatkan skrip yang ditulis Rafidah, pasti drama ini bakal meruntun jiwa di Astro First.



Sinopsis:
 " Yang suka marah itu Fahim Aiman. Yang sangat beku itu juga Fahim Aiman. Yang mulut tiada insurans itu juga Fahim Aiman. Fahim  Aiman(Fattah Amin) tidak memahami ibunya yang bekeras untuk menjaga Fikri. Kelincahan dan Kepetahan Fikri membuatkan Fahim bertanya siapa diri Fikri yang sebenar?Apa kaitan dia dan ibunya Zahra(Liza Othman). Fahim cuba percaya yang ibunya betul,namun semakin lama Fahim merasakan dia melakukan kesilapan apabila membenarkan Fikri tinggal bersama mereka. Kehadiran Nuryn (Fazura) gadis yang sederhana namun penuh istimewa sedikit sebanyak meredakan gundah gulana yang melanda.

"You rasa, marah yang selalu you bawa tu marah terkeji atau marah terpuji?"Nuryn Nafeesa
Mengahwini Nuryn demi orang lain? Kalau ditanya hati, dia tak sanggup. Tapi demi menyambung rantaian kasih yang ibu tinggalkan, Fahim akur.
Tiada cinta di hati Fahim buat Nuryn tapi kenapa bila Nuryn rapat dengan Ricky, hatinya jadi cemburu?Dan siapa sebenarnya Reena di hati Fahim?
Fahim itu beku seperti ais- tapi kena caranya pasti akan mencair - Nuryn.



Mampukah Nurin melembutkan hati Fahmi demi menyelamatkan Fikri?

Wajahwanita tersayang bergelar ibu berada didepannya. Fahim pandang dengan rasa hati yang entah bagaimana nak diceritakan.Mahu marah, inilah ibu, inilah syurganya. Tapi kalau tak marah, rasa yang terbuku itu memang akan menyesakkan dada.





4 comments:

  1. Replies
    1. penulis belum dedahkan lagi. tunggu ye

      Delete
  2. karya-karya Rafidah Abdullah biasanya tak pernah mengecewakan.Good luck kpd team Wanita Terindah.

    ReplyDelete
  3. Dua hari tgk shooting drama ni di kpj selangor

    ReplyDelete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq