join admya di FB

Astro Prima: Semusim Rindu




Drama adaptasi novel Aleya Aneesa.

(update download link last episode ep 40)
Drama pilihan ramai, 
Mulai 29 Mei 2017
Jumlah episode: 40
Pelakon: Intan Ladyana, Ben Amir, Donna Muslim, Aizat Hassan
Terbitan: MIG Production

Sinopsis:
Di sebalik senyumannya, ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 TAHUN...
Dulu, Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri. Kini, kasih itu tidak diperlukan lagi.
Dia pernah didera mental dan fizikal oleh ibu saudaranya Nazimah. Pada usia 10 tahun dia melarikan diri ke Johor untuk menemuinya Mak Ngahnya. Namun,dia bernasib baik bertemu dengan pasangan yang mulia Firdaus dan isterinya. Dia diberi penjagaan sempurna.  Kemalangan menimpa mereka, ibu angkatnya Fauziah meninggal dunia, dan bapa angkatnya pula lumpuh. Hajarlah bertanggungjawab menjaga 3 adik beradiknya dan menanggung perubatan ayahnya.
Kemunculan Ikhman, membuatkan hidupnya haru biru. Sakit hatinya bila melihat lelaki itu. Ikhman yang playboy sebenarnya sudah mula jatuh hati pada Hajar. Keegoaan  sahaja yang menghalang dia berterus terang.
Bukan senang memberi kemaafan setelah diri di mamah derita. Hajar memaafkan Hilal dan menerima lamaran Ikhman, walau hatinya masih sangsi akan perasaannya. Setelah berkahwin, Hajar tidak mahu serumah dengan Ikhman. Sebenarnya Hajar takut Ikhman akan meninggalkan dirinya. Dia tidak mahu kesakitan dulu terulang. Kebahagiaan mereka diracuni dengan dendam Nazimah yang sengaja menabur fitnah hinggakan Nasriah termakan kata-kata kakaknya. Hajar dilukai ibu mertuanya. Dia pasrah dan membawa diri ke luar negara.Tambah teruk lagi, ayahnya Firdaus juga meragui kesetiaannya. Ikhman juga tidak mempercayainya.
Apabila kebenaran terselah, Azim dan Yuha menceritakan apa yang terjadi. Nasriah terkaku. Ikhman tak berhenti mencari isterinya dan memohon keampunan. Mampukah Hajar memaafkan mereka sekali lagi?






Watak:
Hajar- Intan
Eddie- Aizat Hassan
Ben Amir- Ikhman
Haliza Misbun- Datin Nasriah
Kartina Aziz


salahkah aku mencintai kau? Eddie dan Hajar

serasi bersama Hannah- Hajar




download:

admya: 



Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq