join admya di FB

Samarinda Ramadhan: Andainya Takdir(Shukri Yahaya)









Assalamualaikum, 
Bagaimana nasib Tiha dan anaknya. Saksikan episode 15. Drama ni adalah berdasarkan kisah benar.
Tayangan bermula 29/5/2017 Drama ini dilakonkan oleh Shukri Yahaya, Puteri Balqis, Nina Iskandar,Sabhi Sadhi,  Dilla Ahmad, IkhlasJalil,JasmineAshraf(kak long Afeef biar aku jadi penunggu) dan ramai lagi. Nantikan di TV3.
Terus ikuti admya untuk update drama ni tau.

sinopsis:


Andainya Takdir ini mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahaya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang tidak disukai akan mengundang belasahan Airil.

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya.



Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat.



Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang 
melampau itu.


Airil dan Fatihah



admya: pasti ramai yang benci shukri dalam drama ni



OST dalam Andainya Takdir



download: 

rating drama andainya takdir

Comments

  1. Br berkesempatan tgk epsd 4 dkt tv..kne download ni sbb drama ni sgt best. Geram sgt dengan watak mak dan adik Airil..

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq