Thursday, August 25, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz Episode Akhir




Episode akhir:
Kisah penculikan satu malam didiamkan Ariana.Dia berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Namun,gaya jalan yang terhencot-hencot mencurigakan Anisa.
Dia cuba mengelak dari Anisa dengan mengatakan dia terjatuh.
Dia baru nak melawat Zakuan, namun kelihatan mak uda dan pak uda turut ada di wad abang Zakuan.Ariana berpurapura tanya tentang abang Zakuan:
"Kenapa abang Zakuan? Langgar lari jawab mak uda,
" SubhanaAllah,  Allah nak duga,diberikan begini supaya tiada benda buruk yang lain berlaku",

Zakuan menelan air liur mendengar Ariana yang berpura-pura tanya.
Zakuan memohon maaf pada mak dan bapanya,meminta maaf pada Ariana.

Keresahan Mukhriz dapat dirasai Awina. Jelas dia bimbang tentang Ariana. Mukhriz mula merindui Ariana.Ingatannya tentang Ariana mula menerpa. Ariana menyimpan kemas kejadian itu. Dia cuba memberitahunya dirinya kuat. Dia sangat memerlukan Habib ketika ini. Namun apakan daya, Habib sibuk dengan persiapan perkahwinanya dengan Awina. Arin menangis. 
Tanpa sedar, adiknya melihat apa yang dirasai oleh kakaknya. Dia juga sebak.

 Amrina menghubungi Mukhriz untuk memberitahu akan hal Ariana. Amrina berasa marah melihat abang iparnya membiarkan kakaknya. Kali ini, Mukhriz pula kena mendengar tazkhirah dari adik iparnya.

Mukhriz berjanji untuk menyelesaikan masalahnya dengan Arin secepat mungkin. Habib cuba memujuk Ariana.

Amrina melawat Zakuan di hospital. Kehadiran Amrina membahagiakan Zakuan. Dia tidak sedar ada seorang gadis yang cantik selama ini di depan matanya. Mungkin dia sibuk mengejar Ariana selama ini.
Mukhriz cuba berjumpa Ariana. Ariana cuba mengelak. Hatinya sakit memikirkan suaminya yang bakal berkahwin lagi.
Ariana pergi juga ke majlis perkahwinan Awina, walaupun dia sebenarnya tidak sanggup melihat Mukhriz bersanding dengan Awina.
Dia terkejut bila melihat Habib menyapanya. Arin menjadi hairan dan tertanya mengapa Habib tidak bersama Awina.




Melihat Awina dan Shamsul, fahamlah Arin yang Mukhriz tidak jadi berkahwin dengan Awina. Ariana tersenyum bahagia disisi suaminya Habib. Habib juga megetahui tentang kecederaan Arin. Zakuan ada datang berjumpa dengannya dan memberitahu akan hal sebenar. Dia juga memohon Mukhriz membatalkan niat untuk mengahwini Awina.

Habib dan Arin pulang ke Ipoh dengan menaiki keretapi. Puas Arin membebel bila Habib berkeras nak balik menaiki keretapi. Bungkusan hadiah yang awalnya milik mama bertukar ke tangan Arin. Arin terkejut melihat novel  Badai semalam miliknya ada didalamnya. Ingatan mereka kembali kepada 9 tahun lalu. Saat pertemuan kali pertama.









Malu rasanya bila Arin mengetahui Habib selama ini memang ingat pada dirinya. Malu kerana dia yang asyik  mengejar Mukhriz hingga sanggup menulis surat cinta macam budak-budak.Mukhriz ketawa, sambil mengajuk isi surat dulu.

" I have a pen, my pen is blue. I have a girlfriend, her name is Dr Ariana Dahlia.
Ariana pula yang ketawa.  Habib dan Arin menharapkan akan bahagia ini kekal selamanya.




tamat-


download ep akhir

admya: tamat sudah drama sayangku kapten Mukhriz. Terima kasih kerana sudi bersama admya sepanjang 28 episode drama ini.sob..sob(sedih la pulak,haha)  Tahniah kepada penulis kerana menghasilkan satu naskah yang baik. Kami banyak senyum dan ketawa melihat perangai sengal Ariana memikat Kapten Mukhriz.Banyak juga nangis melihat Arin terluka dan dilukai.huhu.
Tahniah kepada semua pelakon, pengarah dan krew yang menterjemahkan adaptasi novel dengan baik. Harap Afiq dan Nina dapat berganding lagi di lain drama.

terimakasihkepada kepalabergetar atas link movies

1 comment:

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq