Sunday, August 21, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 23

Update download link

Pertanyaan bapa mertuanya mengejutkan Mukhriz. Pasti Zakuan yang memberitahunya. 


Siti Awina  menjadi tertekan apabila anaknya Putri asyik menyebut nama Mukhriz. Shamsul cuba melamar Awina sebagai isteri namun  Awina masih tidak berputus asa mengharap Mukhriz menjadi suaminya. Putri hampir diculik selepas pulang dari sekolah, mujur Shamsul lalu. Setiba di rumah, Awina tak habis-habis menyalahkan Putri yang pulang lewat ke rumah tanpa mengetahui kejadian sebenar. Mukhriz pulang berjumpa Ariana dan merancang untuk bercuti.  Ketika bercuti, Awina terserempak dengan Mukhriz. Dia menjadi cemburu melihat kemesraan Mukhriz dan Ariana. Mukhriz cuba memberi  clue kepada Ariana tentang yang Mukhriz juga menyukai Ariana sejak kali pertama berjumpa.Ariana je masih belum sedar tentang clue tersebut.

Arin cintakan Habib sejak kali pertama kita berjumpa
Kalau sayang nak tah Habib juga cintakan sayang sejak kali pertama kita jumpa


Dalam gembira Ariana bersama Mukhriz, Ariana sering didatangi mimpi aneh. Dia merasakan dia seolah-olah akan kehilangan Mukhriz. Mukhriz cuba menenangkannya dengan menyatakan ianya hanya mimpi. Namun,perasaan resah itu tetap ada. Kehadiran Ustaz Fauzan menjawab keresahan itu. Habib kemalangan. 

Download

No comments:

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq