join admya di FB

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 21




Update download episode

Ariana tiba-tiba pengsan. Zakuan membawanya ke hospital. i
Mukhriz mendapat panggilan dari Abah pada tengah malam. Abah memberitahunya bahawa Arin kini berada di hospital. Hatinya saling berzikir dan berdoa agar kedua cinta hatinya selamat. Dia berjumpa dengan Nisa dalam perjalanan menuju ke wad Ariana.


Berderau hati Mukhriz bila melihat Zakuan di sisi Ariana. Pastinya sebagai suami, dia rasa tercabar. Apatah lagi bila Zakuan mendesak untuk menjaga Ariana. Mukhriz menahan rasa dengan tingkah laku dan kata-kata sindiran Zakuan.  Dia mengingatkan Zakuan siapa yang lebih berhak berada di sisi Ariana. Zakuan beredar.


Dalam keadaan sedih, Ariana membeitahu Mukhriz yang mujahid cinta hati mereka telah tiada. Dia bakal dibedah. Mukhriz cuba menahan sedih. Dia menggegam kuat tangan Ariana. Ariana tidak berhenti mengucap kata maaf kerana gagal menjaga bayi mereka. 
Keluar dari bilik wad Ariana, Mukhriz menangis sendirian. Dia juga bersedih atas kehilangan mujahid kecil mereka.



Mukhriz pulang ke rumah. Ingatannya kembali mengingatkan saat mereka membincangkan nama yang bakal diberi kepada bayi mereka. Syed Riyan Bin Syed Mukhriz. Itulah nama yang bakal diberi.
Mukhriz setia menunggu Ariana. Dia juga menyambut bayi mereka yang sudah sempurna anggota. Selepas azankan bayi, Mukhriz menyerahkan bayinya kepada tuan Razlan dan mama. Dia mahu segerakan pengebumian anaknya.
"Sayang, tunggu umi dan walid di syurga ya,bisik hati Mukhriz kepada jenazah bayinya.

Mukhriz berjumpa Ariana selepas pembedahan. Dia terserempak dengan Zakuan yang membawa sejambak bunga untuk Ariana. Diberi kata dua kepada Zakuan. Zakuan beredar dengan perasaan marah dan geram. Ariana cuba bertanyakan kepada Mukhriz tentang anaknya. Mukhriz menyatakan Abah telah membawa Riyan pulang untuk dikebumikan. Laju air mata Ariana mengalir. 
" Habib, tak boleh ke tunggu sekejap, Arin nak tengok, Arin nak peluk. Sebelum dikeluarkan lagi Arin dah tahu Riyan telah tiada. Sebak hatinya tidak dapat melihat anak yang dikandung selama 6 bulan.

Mukhriz cuba menenangkan Ariana. Dia tidak sanggup melihat kesedihan Ariana.
download ep21

Comments

  1. Replies
    1. sorry, recap takde
      tertinggal.download link ep22 ada di entry download sayangku kapten mukhriz

      Delete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq