Wednesday, August 10, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 17




Update download
Episode 17

Mukhriz berserah kepada Allah agar dia diberi kekuatan menghadapi ujian ini. Dia berdoa agar rumahtangga dilindungi dan dia diberi kekuatan mempertahankannya. Dia berkongsi masalahnya dengan Ustaz Fauzan.Mukhriz sentiasa menghubungi Arin dan meminta Anisa membantu menjaga Ariana. Mukhriz berasa lega bila hampir 2 bulan zakuan tidak menggangu mereka.



 Pertemuan semula dengan Harlina rakan seuniversiti dulu mengingatkan Mukhriz pada Rabiatul Adawiyah. Begitu jua dengan Rabiatul.  Arin masih mengungkit tentang Rabiatul Adawiyah. Terbit rasa cemburu di hati Ariana walaupun 9 tahun telah berlalu. Mukhriz cuba mengelak untuk berbicara tentang Adawiyah.

Reunion U Mukhriz mengusarkan Ariana. Manalah tahu Rabiatul Adawiyah ada sekali. Mukhriz cuba memujuk dengan  menceritakan tentang Rabiatul Adawiyah, supaya tiada rahsia dan keraguan antara mereka.

"Datanglah seribu Rabiatul Adawiyah, Ariana Dahlia tetap pilihan saya,-Mukhriz
Jawapan Mukhriz membuatkan hati Ariana berbunga kembali.  Mukhriz membawa Ariana ke majlis reunion, walaupun Arin sebenarnya tidak mahu.Reunion Mukhriz menjadikan percutian singkat Arin lebih bermakna.
Rabiatul Adawiyah berasa bersalah bila mengenangkan Mukhriz. Tanpa mereka sedari, Zakuan juga berada di hotel tersebut. Mukhriz mula tak sedap hati,seolah ada yang memerhati.
Ketika di majlis reunion, Arin diperkenalkan dengan Harlina dan suami. Tak sangka suami Harlina juga adalah kenalan sejawatnya. Arin ditinggalkan bersama Harlina. Arin sempat bermain mata dengan suaminya yang kusyuk berborak dengan rakannya. Kehadiran Zakuan mengejutkan Ariana dan Mukhriz. Ariana memegang kejap tangan Mukhriz.
Kemunculan Adawiyah menambahkan kejutan kepada Arin. Rasa cemburu serta merta terbit bila mengetahui Adawiyah masih single. Melihatkan Mukhriz di samping Ariana yang berbadan dua, Rabiatul Adawiyah tersenyum kelat. 
Zakuan dengan sengaja menyiram api pada hati Arin yang terbakar dengan kehadiran Adawiyah. Namun, dia cepat-cepat melarikan diri dari Zakuan. Tidak sanggup dia mendengar sindiran Zakuan.
Melihatkan Mukhriz berbicara dengan Adawiyah,membuatkan Ariana bertambah cemburu. Dia mahu naik ke bilik. Naik ke bilik terus dia mengunci diri di bilik air. Mahu menyejukkan hati yang panas melihat kemesraan suaminya dengan Adawiyah.
Pujukan Mukhriz menyejukkan kembali hati Arin. Namun,tanpa Arin tahu, Rabiatul adawiyah mahu berjumpa dengan Mukhriz dengan ditemani Harlina dan suaminya.
Rabiatul adawiyah menceritakan sebab mengapa dia menghilangkan diri.
Zakuan buat hal lagi. Dia sengaja mengambil gambar Mukhriz dan Adawiyah tanpa Harlina dan suami.
Gambar itu dihantar kepada Ariana. Ariana sedih melihat gambar itu.



admya:
Sorry,lambat upload
admin outstation

Ep 17

1 comment:

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq