Monday, August 1, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 12


Episode 12. Update download link

 Mukhriz dan Ariana menjalani hari baru sebagai suami isteri. Pertama kali mereka solat subuh berjemaah. Mukhriz sedang biasakan diri dengan perangai sengal semulajadi Ariana. Walaupun kadangkala dia malu dengan perangai selamba Ariana di depan keluarga mertuanya.  Ketika Ariana penatm dialah yang memasak dan mengemas, mengambil contoh kasih Rasullulah kepada isteri baginda,  Walaupun, dia pernah mendengar cerita Zakuan dari Ariana, terdetik juga rasa cemburu bila keluarga Ariana bercerita tentang Zakuan.




Majlis sambut menantu meriah di keluarga pihak Mukhriz. Ariana jadi cemburu bila ramai sekali gadis yang minat pada suaminya di kampung itu.  Namun, Mukhriz bijak menjawab dan mehilangkan rasa syak Ariana.Malam itu  Mukhriz  terkejut bila melihat gambar Rabiatul Adawiyah muncul dalam majalah di baca Ariana.



Sepanjang berada di kampung Mukhriz, Ariana cukup tenang. Saban masa dia bekepit dengan Mukhriz menikmati pemandangan indah dan semulajadi. Jika Mukhriz ke surau beri ceramah, Ariana pasti ikut sama. Keluarga Mukhriz juga sayang padanya.

Tiba-tiba, Mukhriz terima panggilan telefon dari Shamsul. Puteri anak Awina jatuh sakit dan tak nak jumpa doktor jika Mukhriz atau Awina tak bawa dia pergi. Apalagi bila Puteri menangis ketika berbicara dengan Mukhriz di telefon. Kasihankan Puteri, Mukhriz tinggalkan Ariana sekejap di kampung untuk menjenguk Puteri.

Mukhriz ajak Ariana balik ke rumahnya sebelum cuti kawin mereka habis. Tetapi, mereka singgah bermalam dulu di rumah orang tua Ariana Dan malam itu, suasana jadi tegang bila Mukhriz terjumpa cincin kiriman Zakuan dalam laci Ariana. Ariana terkedu, bimbang membalas pandangan Mukhriz yang mengharap jawapannya.


No comments:

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq