Wednesday, April 15, 2015

Drama Novel: Anugerah Terindah(Sayangku Kapten Mukhriz)



Update sinopsis:

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin. Seorang lagi jatuh cinta tahap meroyan.


Gedik Ariana hanya untuk Mukhriz.Perasaan malu sanggup ditolak tepi supaya dia tahu kewujudan Ariana. Abang Izzuddin tebalkan muka bila melihat si adik mula tergilakan kawan baiknya.Pelbagai usaha telah dibuat-sms sudah,kirim bunga sudah, hantar kuih lapis sudah,surat sudah,namun susah betul nak memikat hati si ustaz sorang ni. Kalau dah jodoh, tak ke mana. Kebetulan Arin merawat adik ustaz yang demam denggi dan menjadi kawan. Tambah lagi, sewaktu Arin bercuti di Perlis, sorang lagi adik ustaz juga menjadi kawan Ariana.

Ustaz Mukhriz tak dapat nak mengelak lagi.Dicabar Arin untuk masuk meminang.Kecoh keluarga Ariana dibuatnya.Masakan tidak, perempuan nak meminang lelaki-jarang dibuat.Ibu Mukhriz pun terkejut.Dulu nak dipinang Husna, Mukhriz tak mahu,kini bakal menantu doktor pulak,Sape yang tak mahu.
Sebenarnya Ariana bukan calon idaman Mukhriz. Dia masih mengingati seorang gadis yang berniqab 10 tahun. Tanpa Mukhriz sedar, perempuan itulah adalah Ariana. 
Selepas kahwin, terbalik pula, Ariana pula yang malu-malu, bila ustaz tunjuk taring, hingga tersipu-sipu si isteri. Namun, bahagia mereka diganggu Zakuan, abang sepupu yang meroyan tak dapat kahwin dengan Ariana.Macam-macam dilakukan hingga Ariana tercedera.

Satu kejadian membuatkan Ariana membuat keputusan membenarkan suaminya Mukhriz untuk bermadu dengan bekas banduan Awina yang ditolong ,Mukhriz dalam mengharungi kehidupan di penjara.. Ariana setuju kerana Awina berjanji untuk mendermakan buah pinggangnya kepada Mukhriz yang koma setelah terlibat dalam kemalangan. Namun, Awina boleh pulak Awina menghilangkan diri selepas Ustaz selamat dibedah. Ending Zakuan insaf dan dia sendiri memujuk Mukhriz agar tidak mengahwini Awina( Memang Mukhriz tak nak pun kahwin dengan Awina).

Pelakon:
Kapten Ustaz Mukhriz - Raja Afiq dfkl
Arianna dahlia- Nienabaharun
Zakuan- Hafizulkamal
Lef Kdr Izzudin- Fezrulkhan
Dr Anisa- Neeraazizi
Siti Awina- reenrahim


Lagu-lagu dalam drama:
Download drama







dr ariana bersama abangnya


Ariana, maafkan saya jika saya bukan seperti yang Ariana bayangkan


















cr:bsl

No comments:

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq