Saturday, April 18, 2015

Adaptasi Novel One Day You'll Be Mine



Assalammualaikum..

Khabar angin yang sepoi -sepoi bahasa mengatakan novel karya Inawza yusof akan diadaptasi tidak lama lagi.

Admya memang suka dengan novel ini dan diharapkan ia dapat diadaptasi dengan baik dari segi plot mahupun pelakon.

Sinopsis:
Anith Fitriah berkahwin dengan  Dzul Ehsan atas kehendak keluarga, namun bercerai selepas lima berkahwin disebabkan rasa bersalah atas kematian tunangnya Nik Afezal dan cintanya yang tidak pernah mati.Ehsan pula adalah lelaki yang tidak berperasaan. Kehadiran Aya anak dari perkahwinan terdahulu Ehsan membuatkan Anith terasa terbeban namun dia bertukar menjadi ibu yang penyayang disebabkan ayahnya Ehsan tidak mempedulikan anaknya.
Peceraian tidak bermakna Ehsan pergi dalam hidupnya.Ehsan lelaki yang sukar diduga, pelik dan hati beku. Anehnya, mamat hati beku itu jugalah yang membantunya selepas Fitri kemalangan selepas menerima sekeping kada tertulis "Im here".

Kehadiran semula Nik Afezal mengubah hidup Fitri. Ada rahsia yang tersimpan oleh ayah dan ibunya.Apatah lagi Firasha diperkenalkan sebagai adik tiri Nik yang sentiasa cemburu akan Fitri. Nik Afezal amat cemburu dengan Ehsan.Mana taknya selagi Aya dan Elisa ada,walaupun jasad Ehsan tiada, Ehsan tetap berada bersama Fitri.
Satu rahsia yang disimpan kemas Nik Afezal terbongkar dan ia menyakitkan Fitri.Ketika itu hanya satu nama yang dicari dan diharapkan iaitu Ehsan,namun dia tiada ketika Fitri benar-benar memerlukannya.

Selepas 3 bulan, Ehsan pulang dengan Riya dan dirinya yang baru.Ehsan menjadi lebih aneh bila cemburu dengan Hazmi adik Nahda."Manusia hati beku itu ada perasaan cemburu?"Namun,Fitri ada pilihannya sendiri.

" Anith Fitriah,kau merupakan seorang yang bodoh,lembap dan menyusahkan, menyakitkan hati.
Aku memandangnya tidak percata.Dia telefon aku semata-mata nak mengutuk aku?"Hei!". 
Penyayang,lembut dan jujur yang pernah aku jumpa.
"Oh,Hati yang tadinya panas,tiba-tiba bertukar sejuk.
"Dan aku pula seorang yang degil,keras hati, bermulut celupar dengan perangai yang sentiasa buat kau hilang sabar.Aku juga bukan jenis lelaki yang kau suka.Tetapi kau Fitri..aku suka segalanya tentang kau"
"Dulu,sekarang, tak pernah berubah.


admya: cadangkan pelakon yang masuk dengan karater Ehsan dan Fitri.

Jom tonton Fast&Furious


1 comment:

  1. OMG ske giler novel nih..fall in love with ehsan..haha..kbai

    ReplyDelete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq