Wednesday, March 4, 2015

Bercuti ke Langkawi- TIPS PENTING


Assalammualaikum,
Lama tak update pasal travel. Kali ni kita melancong di dalam negara.KE MANA KITA? PASTINYA LANGKAWI PULAU LEGENDA atau nama barunya LANGKAWI GEOPARK.


Tips sebelum ke Langkawi. 

  • HATI-HATI BOOKING ONLINE HOMESTAY. kadang-kadang x wujud pun homestay tu.atau indah khabar dari rupa. ELOK booking hotel je selamat.
  • TAK PERLU BAWA DUIT BANYAK2..pasti  HABIS. haha. Rakyat Malaysia kalau datang Langkawi pasti ASYIK SHOPPING JE,hihi. Elok pergi time duit cukup-cukup je untuk shopping, kalau tak boleh clear duit kat bank.
  • ELAKKAN DATANG WAKTU PUNCAK- cuti sekolah, hari perayaan besar- CNY, LIMA, -kalau just nak bercuti je.SEBABNYA- hotel semua penuh, Langkawi jadi sangat- sangat sesak. Beratur naik kereta kabel je 4 jam, sangkut kat luar jalan ke tempat kereta kabel 30 minit.penat je,especially yang bawak anak kecik.
  • Nak juga datang waktu bercuti- BOOKING HOTEL AWAL2-dua-tiga bulan sebelum datang ke Langkawi.
  • Kereta sewa- tak perlu risau-banyak di Langkawi. harga bergantung pada musim. rate biasa rm90-rm100.musim cuti harganya meningkat berbanding low season.
  • Naik Ferri- boleh ikut Kuala Kedah tapi perjalanan lebih kurang 2 jam 30 minit. Ikut Kuala Perlis perjalanan lebih kurang 1 jam. YANG MABUK LAUT disyorkan naik ikut Kuala Perlis. Harga tiket mac 2015- RM18 seorang, pastikan anda simpan tiket,takut2  kastam nak check time balik.
  • nak ikut agent atau pergi sendiri? Kalau keluarga better pergi sendiri,tapi kalau group better cari tour guide,sewa bas. sebabnya langkawi wajib ada tour guide kalau pergi  dengan group.Harga bergantung pada agent. saya punya rm1000 bersiar-siar di Langkawi sehari.8pagi- 6petang.
  • Elok sewa bas untuk sehari setengah jika pergi by group supaya boleh lawat semua.
  • Nak booking hotel di mana? Minat shopping-tinggal di Pekan Kuah, Minat pantai- stay di Pantai Chenang
  • Harga teksi adalah tetap. Jadi tak perlu risau. Harga yang disebut sama untuk semua teksi di Langkawi.Admya pernah tinggal di Langkasuka(sebelah Mall) dan Aseana.

Tempat lawatan WAJIB jika melawat Langkawi:
 Cabel Car:



kaunter tiket tutup jam 7. Elakkan datang musim cuti, dahla beratur berjam-jam lama,pastu kat atas pun sesak. tak syiok.

pemandangan kat atas puncak.



nampak tak  ada bentuk  penyu? :)

#Mangroove/ Kilim Geopark
Harga:dorang kira per bot. Satu bot boleh dinaiki lebih kurang 7-8 orang.Korang boleh pilih pakej berapa jam yang korang nak.Kami ambik satu jam je,lawat gua kelawar,andaman tour, lawat sangkar ikan dan bagi helang merah makan.






#Pulau Dayang Bunting
# Underwater world 

note: admya tak pergi ke pulau dayang bunting dan underwaterwold sebab pergi atas lawatan kerja. Jadi lawat tempat-tempat ini dulu sebelum shopping waktu petang.

Tempat shopping  best:Kedai tutup jam 9
  • Billion- Coklat
  • Haji Ismail Group- coklat
  • Idaman Suri- Cadar, pinggan mangkuk
  • Rams- Pinggan mangkuk, beg, minyak wangi
coklat yang wajib beli:
whittakers
hersey bar
berlys
nuttela cracker
daim
kisses
ferrero
last minute shopping- coklat boleh beli kat jeti,beza harga rm1 je,kekadang ada coklat lebih murah dari pekan.


Tips Kastam:

  • Kain batik tak boleh beli lebih dari 2 helai jika datang sehari semalam
  • Kain batik tak boleh beli lebih dari 6 helai jika datang melancong lebih 2 malam ke atas.(Kain batik jawa memang barang terlarang)
  • 1 set sahaja pinggan mangkuk dibenarkan jika datang sehari semalam.
  • Rokok -6 karton jika melancong lebih 2 malam
  • Coklat -takde had
  • Gamat-takde had
  • Simpan tiket ferri waktu pergi sebab kastam nak tahu berapa lama anda tinggal di Langkawi, jika shopping banyak sangat.
admya: tak larat nak bawak  beg,sebab coklat banyak sangat -haha
Tapi bila balik still rasa tak cukup.selamat bercuti,moga tips ini membantu anda.

19 comments:

  1. saya orang Langkawi. boleh dikatakan tips yang dinyatakan di atas sangat berguna. cuma sekarang banyak homestay di Langkawi boleh dapat harga yang murah dan berpatutan. cuma kene pandai cari. antara homestay yang okay boleh layari http://casaimpianalangkawihomestay.blogspot.com/ atau facebook casa impiana langkawi homestay.

    ReplyDelete
  2. Artilel yang menarik untuk perkhidmatan kereta sewa boleh tempah di website saya,
    kami menawarkan kereta sewa pada harga terbaik Di langkawi

    http://musecar.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa ringgit kete myvi auto untuk 3 hari 2 mlm

      Delete
  3. Menarik. Minggu dpn sy akan ke langkawi. Hotel dah tempah rm190 (utk 3 mlm) hotel bahagia. Kereta sewa pun dh tempah 3 hari (72 jam) total rm150 utk viva auto (rm50 sehari). Pegi dgn wife dan baby 6 bulan. 1st time pegi. Plan xtau nk pegi tmpt2 menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam...bleh share skit x info tntg kete sewa 2

      Delete
    2. Bole pm sy pasal kete sewa n hotel tu?lonelyseptember07@ gmail.com

      Delete
    3. As salam nk tawu pasal kereta sewa tu dimana ye..boleh bagi info x

      Delete
    4. Salam, boleh tahu pasal kereta sewa tu, sape yg perlu sy hubungi? boleh email tak, syamimei94@gmail.com . TQ in advanced.

      Delete
  4. Assalam. maaf tumpang bertanya. saya dari Sabah. kalau nak bercuti kt Langkawi untuk 2 org dewasa selama 3 hari 2 malam kat mana tempat- tempat yang sesuai dan berbaloi untuk dilawati ya? Seterusnya apa alternatif lain kalau nak jalan- jalan kat sana selain dari sewa bas atau kereta? Ada tak perkhidmatan teksi atau bas henti- henti? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikummussalam
      sekadar pendapat
      hari pertama boleh jalan ke kilim dan cabel car,
      hari kedua -gi pulau dayang bunting
      hari ketiga- jalan2 di pekan kuahperkhidmatan bas dan teksi ada,tapi
      pelancong biasanya gunakan teksi.
      boleh lawat di sini utk lain2 aktiviti
      http://thevocket.com/aktiviti-menarik-di-langkawi/

      Delete
  5. perangcangan mmg penting..kalo x rancang silap2 leh blanja besar.. :)

    ReplyDelete
  6. Assalam..hotel bajet apa yg selesa,bersih dan dkt area pekan kuah?

    ReplyDelete
  7. sesiapa berminat bercuti ke langkawi dan memerlukan kereta sewa bolehlah hubungi saya 0175693431 zainudin 01124119079 anita

    ReplyDelete
  8. Salam hai ���� saya dan family bakal beraya di langkawi tahun ni, nak tanyaa, kalau raya pertama tu, kedai semua tutup ke ? HIG bukak tak dalam hari raya ketiga ? Risau jugak sebab pegi masa raya pertama kann. Hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya banyak jugak kedai tutup. kalau hari ketiga itu may be bukak. dah pernah pi skali,tak best pi time raya,,tak banyak tempat boleh pi shopping

      Delete
  9. Perkhidmatan pos antarabangsa paling murah!
    Kadar penghantaran paling murah berbanding syarikat penghantaran yang lain. Layari laman web www.viabox.com untuk mengetahui lebih lanjut. Dijamin laju dan selamat. Kepuasan anda adalah keutamaan kami.

    ReplyDelete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq