join admya di FB

Mahalnya Cintaku untukumu


Sebuah kisah yang menyentuh hati


Seorang gadis membenci dirinya sendiri kerana dia tidak sesempurna seperti orang lain.
Dia seorang yang buta.Dia membenci semua orang kecuali kekasih hatinya. Lelaki itu sentiasa berada di sisinya.Menyokongnya dan memujuknya di kala duka.
Gadis itu menyatakan  jika dia boleh melihat, dia akan  mengahwini kekasihnya.

Satu hari, gadis itu menerima sepasang mata dari seorang penderma,Akhirnya, gadis itu boleh melihat.Dia ingin melihat wajah kekasih hatinya. 
Teman lelakinya menyoal "sekarang,awak dah boleh melihat,sudi tak kahwin dengan saya"?
Gadis itu sungguh terkejut  apabila melihat  teman lelakinya. Dia sungguh tak menyangka teman lelaki buta sepertinya dulu. Dia enggan mengahwini teman lelakinya.

Teman lelakinya beredar dengan kesedihan yang mendalam. Dia menulis surat dan memberi kepada gadis itu.

"Jagalah mata saya,sayang"

(T_T) 
Hargailah setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita

Hidup ini umpama Hadiah

Hari ini, jika anda ingin mengucapkan kata-kata yang tidak baik,INGATLAH pada mereka yang bisu@tidak boleh bercakap

Ketika anda kaw-kaw mengadu tentang rasa makanan yang tidak sedap, INGATLAH pada mereka yang tidak dapat makan/tiada makanan untuk dimakan

Ketika anda mengadu tentang sikap suami/isteri anda,INGATLAH pada mereka yang tidak jemu untuk dipertemukan jodoh.

Ketika anda mengadu tentang nakalnya anak-anak anda.INGATLAH pada mereka yang masih belum dikurniakan anak walau bertahun-tahun telah berkahwin

Ketika anda mengadu tentang jauhnya perjalanan dengan menaiki kenderaan, INGATLAH pada mereka yang menuju ke destinasi sama tetapi hanya berjalan kaki.

Ketika anda mengadu tentang kerja dan majikan anda, INGATLAH pada mereka yang masih mencari pekerjaan dan mahukan kerja anda.

Ketika anda berduka  atas perkara perkara yang menyedihkan dan mengecewakan anda,senyum dan INGATLAH bahawa Allah sentiasa bersama anda.

Life is a gift-Live it, Enjoy It, Fulfill It

Comments