join admya di FB

Sinopsis Istikharah Cinta




Sinopsis:
Airil( Zul Ariffin) dan Aiza(Nonny Nadhirah) bercerai selepas setahun atas alasan tak sehaluan. Punca sebenar adalah Aiza tidak tahan dengan Airil yang terlalu sibuk. Walaupun dalam edah, Aiza telah berpacaran dengan kekasihnya hinggap menimbulkan rasa kurang senang rakan-rakan Airil.
Selepas edah, Aiza berkahwin dengan Dr. Rizal( Nizen Ayob).Hasil perkahwinan itu, Aiza dan suami dikurniakan seorang cahaya mata. Walaupun 4 tahun berlalu, Aiza sering membandingkan kebaikan hati bekas suaminya  Airil dengan Dr. Rizal. Keadaan itu mencetuskan kemarahan Dr. Rizal.

Airil semakin sibuk dengan kerjayanya.Hinggalah ketika Airil menikmati hidangan tengah hari,tidak semena-mena seorang gadis yang tidak dikenali, duduk di depannya. Mulutnya asyik mengomel membuatkan Airil terhibur dengan keletahnya.
Tengahari itu, Dina keluar lambat. Restoran itu berdekatan dengan rumahnya. Dina sering menjamu selera di situ. Namun, restoran itu dipenuhi dengan pelanggan memandangkan waktu itu adalah waktu puncak. Matanya meliar mencari tempat kosong. Sah!Memang ada kerusi kosong.Kehadirannya membuatkan jejaka di depannya terkedu. Kenal tidak, persila duduk di situ pun tidak. Dina memang muka tebal. Tanpa mengenali jejaka itu, mulutnya rancak berbual. Siapa sangka jejaka itu  bakal menjadi istimewa di hatinya. Takdir menemukan mereka. Adakah itu istikharah cinta mereka?

belanja korang satu sweet pictures









Comments

  1. suka tengok hero,, tp heroin kurang sikit hihihi,,tu yg x konsisten nak tgk :')

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq