join admya di FB

Drama Jalan Kembali Shamsul Yusof


akan datang Assalammualaikum semua,
Shamsul Yusof kembali dengan drama  Jalan Kembali adaptasi dari Filem Jalan Kembali
tayangan: setiap isnin
Jumlah episode: 13
Channel: tv2


Sinopsis:
Tasha dan Amy berkawan baik sejak sekolah sering menghabiskan masa dengan mat rempit terutamanya Keting. Mus pula leka dengan kehidupannya sebagai pelumba motor haram berbanding bekerja di syarikat bapanya. Dani pula telah bertaubat dan bekerja sebagai penghantar surat.
Kehidupan Tasha dan Amy terumbang ambing. Tasha sering keluar hingga lewat malam, Amy pula resah dengan sikap ayahnya seorang kaki judi.Bapa Mus kecewa dengan anaknya. Keting pula nekad memburu Dani kerana tidak membayar hutang sebelum Dani dipenjarakan. Mus ditangkap polis kerana berlumba haram tapi mujur hanya dikenakan denda.Tasya pula melarikan diri dari rumah dan menumpang di rumah Amy.Amy meradang apabila dirinya dijadikan tebusan kepada Ah long untuk melangsaikan hutang Razali.Dani berusaha untuk membawa rakan-rakannya ke pangkuan jalan-bertaubat ke jalan yang benar.
Usaha Dani menimbulkan kemarahan Keting apabila ramai kawannya telah "cuci tangan".Amy pula diculik oleh Ah long dan Mus terus membuat laporan polis. Tasya yang membenci Amu sebab Acai lebih suka pada Amy berbanding dirinya turut membantu mencari Amy.

Apakah kesudahannya?

Pelakon: Sheera Iskandar
Lufya Omar
Qazem Nor

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq