join admya di FB

Slot Lestary: Romi Cinta Julia



Assalammualaikum,
Masih ingat lagi Syahrul Ridzuan dalam Lyma? Yang bawak watak mamat psiko yang culik Zara tu?


Drama terbaru beliau iaitu Romi Cinta Julia akan bersiaran di Slot Lestary bersama Aisha bermula 27/2/2014 ini.


Sinopsis:
Julia anak bongsu kepada pasangan Malik dan Sabariah.Percintaan  Julia dan Jeff tidak direstui ibu bapa Julia kerana Jeff dianggap memberi pengaruh buruk pada Julia hinggakan dia sanggup berhenti belajar.
Ibu bapa Julia mahu jodohkan Julia dengan Romi anak kenalan mereka.Romi bersetuju dinikahkan dengan Julia,namun Julia menolak kerana terlalu mencintai Jeff.Oleh sebab itu,Julia dibawa jauh dari Jeff.Jeff berjaya menemui Julia dan merancang membawa Julia lari dari apartment kakaknya.Ketika cuba keluar dari rumah melalui kain yang diikat di tingkap,kain itu putus dan menyebabkan Julia jatuh dan cedera parah.Jeff yang ketakutan melarikan diri dan terus menghilang.Julia kecewa dengan Jeff.Romi pula sanggup menjaga Julia dan tetap menikahinya walaupun keadaan Julia yang lumpuh.Kasih sayang yang ditunjuk oleh Romi membuatkan Julia tersentuh dan Romi masih menyiapkan bukunya dengan menjadikan Julia sebagai role ceritanya.
Akan tetapi,cinta Julia tidaklah seteguh Romi. Dia mula  keliru bila Jeff hadir semula dalam hidupnya.Dia sanggup memaafkan Jeff.Bagaimana dengan Romi?Mampukah Julia menerima tulus cinta Romi?
sinopsis thanks to EDtv






Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq