Tuesday, January 7, 2014

Drama Bersiri Tuan Rumah Pembantu Rumah







Assalammualaikum,

Drama adaptasi novel Orkid edlyline -Tuan Rumah pembantu Rumah  di slot dramaady-Sabtu dan Ahad 6 ptg.Update ep 9


Para Pelakon:

Emir Jihan- Zoey Rahman
Intan Asha Asreen - Nad Zainal
Taufeeq  Hisham Hamid
Hanni - Hanis Zulaikha




Sinopsis:

"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?












Download episode:


10 comments:

  1. xbest la hero..xsesuai..

    ReplyDelete
  2. citer ni bile nk start?channel bape?

    ReplyDelete
  3. Boleh ke Nad Zainal nyanyi lagu Korea nanti? Hihi

    ReplyDelete
  4. Kn emir jihan dlm cite ni muka ala2 korean sikit. .so ok what letak si zoey!

    ReplyDelete
  5. ok per..aah sy stuju sbb emir jihan mmg kene muke ala2 korea

    ReplyDelete
  6. ok per..aah sy stuju sbb emir jihan mmg kene muke ala2 korea

    ReplyDelete
  7. ad hisyam hamid..mei nanti eiii xsbar xsabar

    ReplyDelete
  8. tgk first episod je sbb watak nad zainal agak over.

    ReplyDelete
  9. Lagu korea tu tajuk dia apa

    ReplyDelete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq