join admya di FB

Ariana Rose Episode 15 dan 16



Episode 15
Akhirnya Ariana bersetuju untuk bertunang,tanpa mengetahui siapa tunanganya,



demi untuk melupakan TAK.Ariana gembira apabila keluarga bakal mertuanya menerimanya dengan baik.Bakal ibu mertuanya mahu Ariana memanggilnya. dengan panggilan mummy sahaja.Adam masih lagi mencari Ariana.

petikan novel

Malam itu Ariana berteleku di tikar sejadah, menghadap Tuhannya yang Maha Mengetahui. Dia sedar status dirinya yang sudah tidak suci. Dia juga tahu perihal ayat yang menyatakan, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Adakah dia yang sudah tidak suci dikira sebagai perempuan yang tidak baik?

Dia tiada jawapan kepada semua persoalan itu, tapi dia ada Allah swt sebagai tempat rujukan. Sepertiga malam itu digunakannya untuk melakukan solat sunat taubat, tahajud, istikharah dan hajat. Satu sahaja permohonannya, moga Allah swt menetapkan lelaki yang terbaik buat dirinya. Hanya Tuhan yang tahu siapakah lelaki yang Dia ciptakan untuk menjadi imam kehidupannya.

Cuma pohonnya, walau siapa pun lelaki itu, moga dia adalah lelaki yang menyintai Allah swt sepenuh hatinya. Jika sinar cahaya hidayah masih belum muncul, munculkanlah ia sebelum si dia sah bergelar suaminya. Dia tidak meminta lelaki yang sempurna ilmu agamanya, tetapi cukup jika lelaki itu mahu mencari Islam, mahu mendekati Allah swt kerana kecintaan dia pada Allah swt…Bukan ilmu yang menggunung yang dia pinta, tetapi lelaki yang dahagakan ilmu dan turut sama membawanya ke jalan yang sama.

Lelaki yang boleh menerima dirinya seadanya, tidak memandang kekurangannya sebagai satu cela, tetapi memandang 1001 kebaikannya. Yang menghormatinya sebagai seorang perempuan dan mengasihinya sepenuh hatinya tanpa mengabaikan kecintaan dia pada Tuhan. Yang dia akan berasa tenang bersama dengannya dunia dan akhirat. Seorang pemimpin untuk dia, keluarganya dan generasi mereka di masa akan datang….Andai ciri-ciri itu ada pada bakal tunangannya, dia pohon Allah swt berikan dia ketenangan dan redha di lubuk hatinya. Semoga pertunangan esok berjalan lancar, andai kata tunangannya itu bukan jodohnya, semoga Allah elakkannya daripada berlaku. Hanya Dia yang berkuasa melakukan sesuatu…..

Part 2:


Sepasang suami isteri sedari tadi memandangnya. Dia melemparkan senyuman paling manis untuk mereka. Dia agak itulah ayah kepada lelaki yang masuk meminangnya. Si isteri datang mendekatinya. Senyumnya manis, nampak baik dan keibuan. Umminya ada disebelahnya. Ummi menyuruhnya menghulurkan tangan bila si isteri lelaki tadi duduk bersimpuh di depannya.

Dia menyalami perempuan itu. Dirinya dipeluk dan pipinya dicium. " Mommy harap Rose akan bahagiakan Adam..."

Tersentap Ariana bila nama Adam disebut.

Mungkinkah ini keluarga Adam?




Episode 16
Tengku Adam cuba sedaya upaya untuk mendapatkan nombor telefon Ariana dari PAnya Hidayu.Namun, dia mendapat tahu yang Ariana telah bertunang


Comments

  1. Tak sabar nak tunggu

    ReplyDelete
  2. memang terbaik la The Wedding Breaker..xsia baca novel ni tp da didramakan plak..Bleh bayang TAK tu Keith Foo..hihi

    ReplyDelete
  3. part akhir betul2 finale..terbaik dengan romantisnya adam...betul2 hikmah

    ReplyDelete
  4. episod 15&16 x update lg ya?? xsempat nk tgklh... huhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq