join admya di FB

Slot Samarinda: Istidraj Cinta



Drama Ganti Terukir Di Bintang
Arahan Murali Abdullah
Jumlah episode : 15
Isnin-Rabu 10 Malam

 Sinopsis:
Mengisahkan Azhar(Johan) anak kepada Dato' Yatim dan Datin Hasyimah memerlukan kornea mata bertemu dengan sahabat baiknya diUniversiti Sharil yang juga penghidap penyakit hati kronik.
Sharil sedar masanya tidak lama,ingin mendermakan matanya kepada Azhar. Hasratnya diberitahu kepada kakaknya Siti Fatimah(Rita Rudaini).Sharil mahu Azhar berjanji tidak akan melihat wanita lain selepas pembedahan selain Siti Fatimah. Dia mahu Azhar berkahwin dengan Siti Fatimah gadis ayu,sopan namun buta.
Siti fatimah merelakan hasrat Sharil namun menolak perkahwinan itu. Selepas pembedahan Azhar menunaikan janji dan mula jatuh cinta pandang pertama selepas melihat Siti Fatimah dan bermula episode siti tinggal di rumah Azhar.
Ayah Azhar Dato Yatim seorang yang kejam-sanggup melakukan apa sahaja asalkan kehendaknya dipenuhi.Mengetahui sikap ayahnya,Azhar dan Siti Fatimah keluar rumah dan hidup berdikari.





admya:

Comments