Thursday, October 3, 2013

Suamiku En Perfect 10


 Assalammualaikum,


Entah mana dia datang aku tak pasti.Yang aku pasti dia membawa cintanya sekali.

Akhirnya drama adaptasi novel Suamiku Encik Perfect 10 akan muncul di layar perak tidak lama lagi. Nak tahu siapa teraju utama drama ini?
Tentulah Lisa Surihani dan Aaron Aziz.

Akan datang di Astro First




Sinopsis:


PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. 
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.


“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?
Para pelakon:
Lisa Surihani - Aleeya Azmeen
Aaron Aziz- Zarief Danial
Syazwan Zulkipli- Syed Muzaffar
Zarynmin
Jehan Miskin- Akram
Raja Ilya- Azura
Jasmin Hamid
Normah Damanhuri

BTS:



Aleeya dan Zarief Danial


Siapa kahwin dengan Azura?Zarief or Akram
Syed Muzaffar



admya:
Gandingan yang menarik.Drama ni memang menjalani penggambaran di London seperti dalam novel.

15 comments:

  1. Cerita ni pasti menarik. Aaron Aziz memg sesuai jd Zarief Danial yg sgt bersahaja dan baik hati...(Aaron pernah lakonkan watak romantis dan baik smcmni)..cuma Aleeya yg tersgt degil dan membohongi perasaan sendiri...kesian Zarief...sama2 kita tunggu....Hopefully Lisa Surihani bw watak Aleeya dgn baik, No offence but I would prefer heroin lain. Tapi klau dia berjaya bw watak ni...I won't hesitate to give her the credit.

    ReplyDelete
  2. mcm x best aje. lisa surihani? alahai.. x de pelakon lain ke? suara dia halus sgt lh. ckp mcm dlm kelambu

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum semoga drama ini yang terbaik dan seronok kita menontonnya seperti love you mr arrogant & ariana rose......

    ReplyDelete
  4. Mesti best. Bila nak di tayangkan?

    ReplyDelete
  5. wah terbaik...gandingan aaron dan lisa..hopefully bestt..xsabar nyerrr

    ReplyDelete
  6. ble nk kuar nie... x sabar da.... hihi...:P penantian satu penyeksaan k. huhu...
    cepatlah kuar harapnya.

    ReplyDelete
  7. lisaa????best nyerrrr dia jd heroin tp hero dia aaron erm cam x syok sket..

    ReplyDelete
  8. Wahhhh..... x sbrnyaaaaa nk tngok cite ni.... mesti punya best arrr... gandingan Lisa Surihani ngan Aaron Aziz kan....
    mesti syok punya!!! dua-dua best dalam acting nie....hehehe.......

    ReplyDelete

senang je nak komen.pastikan ada nama ye