Assalammulaikum,
Admya memang mengakui antara peminat novel.Namun sejak kerja minat pada novel tetiba hilang- may be sebab busy kut.Namun,ledakan novel jadi drama membuatkan minat membaca novel datang kembali.
Banyak jugak la novel dibeli kebelakangan ni.Antaranya Suami yang Ku Benci.
Novel ni memang best. Rugi kalau tak beli. Jalan cerita kahwin paksa- cerita terhangat di pasaran.
Sinopsis:
Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaanya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai.
Perkahwinan Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkal hatinya. Dia benci lelaki itu,kerana baginya Uwais seorang penjual burger mana layak dengan dirinya seorang CEO. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Tentu perkahwinan ini tidak terjadi. Hannah Maryam terpaksa akur dengan pilihan Tuk ayah untuk berkahwin dengan mamat penjual burger tu.
Perkahwinan Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkal hatinya. Dia benci lelaki itu,kerana baginya Uwais seorang penjual burger mana layak dengan dirinya seorang CEO. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Tentu perkahwinan ini tidak terjadi. Hannah Maryam terpaksa akur dengan pilihan Tuk ayah untuk berkahwin dengan mamat penjual burger tu.
Bagi Uwais, dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan yang ternama. Namun dia berpegang pada kata hati... Satu hari dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci.Penjual burger pun layak untuk dicintai!
"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....
"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."
"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"
"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"
"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?
Kesabaran Uwais melayan kerenah Hannah. Setiap hari ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar dari mulut Hannah.Uwais memang terasa dengan tingkah laku isterinya tu,tapi dia buat dek je-Geram Hannah bila Uwais sentiasa selamba walaupun dimarahi begitu. Di hadapan keluarga,mereka berlakon sebagai pasangan bahagia.Hakikatnya tuhan sahaja yang tahu. Di saat hubungan semakin baik,datang pula Cikgu Batrisya dan Fawwaz. Hannah jadi cemburu dengan kelembutan Cikgu Batrisya. Bila Uwais menyatakan perasaan cintanya,dalam diam dia gembira. Apatah lagi bila mengetahui suaminya itu sebenarnya lulusan luar negara. Hannah jadi bertambah cemburu bila Cikgu Batrisya membantu Uwais mendapatkan pekerjaan sebagai guru sementara. Dia pun buat helah dengan meletakkan Uwais bekerja di syarikatnya. Sebabnya dia cemburu bila Uwais rapat dengan Cikgu Batrisya.
Uwais pula cemburu dengan Fawwaz.Tapi mujur Fawwaz jatuh cinta dengan Cikgu Sya.
Ending:
tentulah happy-sebab dorang dapat anak kembar.
admya:
baik korang beli novel ni cepat-cepat.Asyik habis stok je
Tetibe trbyangkn shuib sepahtu jdi uwais tu..xtau la knape..maybe sbb prwtkn uwais yg giler2 tu kot..
ReplyDeletehehe..klu dorg pilih jep sepah pon ok..lari sket dr trend skang ni..ahaha:P
Deletehaha..jep sepah sesuai kot.. zara zya heroin..mesti trgelak!
Deletex sabar nak tgk drama ni..sape la agaknye yg akan jd uwais n hannah..sweetnye...
ReplyDeleteSy blom bc novel ni tp sy dh bc novel ke 3 E-Man Sufi ni yg tajuknye Bukan Kerana Aku x Cinta ade kesinambungn wtk Hannah Maryam ni...bl bc otomatik trbayangkn wtk kakk Irham dlm cite Love You Mr. Arrogant....
Deletebeto mcm sesuai ja jd uwais..tgk dia berlakon jd ustaz dlm nur kasih the movie..ada ciri2 uwais jugak ni..mesti best..:)
ReplyDeletenora danish mcm sesuai gak jd hannah..beto + nora..best2..
ReplyDeletenak azlee khairi n zara zya berlakon cite ni..mesti meletop punya..hehe
ReplyDeleteBetuul..bettul..beetuull
DeleteKalou bukan dia orang Zarnas dengan Neldya rose
nama fawwas sedapp :)
ReplyDeletekalau jadi drama novel,ni aku memang seronok. sebab aku memang tunggu lama dah. novel ni menarik, asyik gelak je bila baca. bukan setakat uwais, watak mak dia pun best. mak cik sarimah aka mak cik sari (juga ada lucu dan giler2nya). watak fawaz, pun tak kurang juga. tapi setakat ni aku langsung tak dapat bayang sape la pelakon sesuai untuk watak si uwais yang giler2 tu. watak hanah lagi la. utk watak mak cik sarimah, liza abdullah, mak engku(mak tiri effa teduhan kasih) boleh rasanya tak pun zarinah zainudin. mereka ni berilah watak apa pun sure jadi. kalau la betul nak jd drama, harap sangat tak lari dari novel. sebab kalau lari jauh sangat jd tak best sebab novel tu aku dah baca. berkali2 sebab best sangat he he
ReplyDeleteNak izzue islam jd uwais..sbb slumber...
ReplyDeletenovel ni pun nak ke drama ker?
ReplyDeleteizara aishah jdi hannah maryam pn okay jugak. watak uwais beto macam okay aje. aku suka part mak cik sarimah+uwais+fawaz. serius kelakar habis!
ReplyDeletesokong beto dgn nora danish wuhuu..mmg aku tunggu je novel ni diadaptasi jadi drama..
ReplyDeleteNora danish heroin.... Best...
ReplyDeleteNora danish heroin.... Best...
ReplyDelete