join admya di FB

Slot Azalea: Iman Nabila


Bermula 10 jun ini

Setiap Isnin- Khamis
4.30 Petang
Terbitan: Suhan Movies
Jumlah episode: 16
Pelakon: Elfaeza ulhaq,Shah jaszle,faz ahmad daud,kuza, wan shade, elizad
Pengarah: Shuhaimi Lua

Lagu tema:Hafiz Bahagiamu Deritaku


Sinopsis:
DEMI masa depan anak dan cucu, seorang nenek sanggup membeli seorang bayi lelaki demi mewarisi kekayaan harta keluarga bapanya. Mardiah (Aida Khaleeda) sangat bimbang masa depan anaknya Salimah yang menjadi menantu kepada Tuan Arshad (Mahmud Ali Bashah) seorang usahawan kaya raya. Tuan Arshad selalu mengharapkan kelahiran cucu lelaki untuk mewarisi kekayaan yang dimilikinya. 

Apabila Salimah mengandung anak kedua, Tuan Arshad berharap Salimah melahirkan cucu lelaki, atau dia meminta anaknya Haris suami Salimah berkahwin lain. Mardiah tidak menyesal kerana Salimah melahirkan anak perempuan, tetapi mengingatkan ugutan Tuan Arshad Mardiah berasa sakit hati, lalu bertindak membeli seorang bayi lelaki untuk dijadikan cucu yang bakal mewarisi harta Tuan Arshad.
Salimah mengalami komplikasi ketika melahirkan anak sehingga dia kehilangan darah yang banyak. Akibatnya dia tidak sedarkan diri selama dua hari. Mardiah menyerahkan anak perempuan Salimah, Nabila kepada adik angkatnya, Khatijah untuk dibesarkan. Setiap bulan Mardiah memasukkan duit ke dalam akaun Khatijah. Kerana masalah kesihatan Salimah, dia tidak mampu menyusukan Iman walaupun mencuba. Mardiah juga tidak menggalakkan Salimah menyusukan Iman.
Haris langsung tidak sayangkan Iman Hakimi dan seolah-olah membenci anak tersebut. Salimah sedih dengan sikap Haris terhadap Iman. Malah Haris tidak pernah menunjukkan perubahan sikap walaupun Tuan Arshad masih mahu memberi peluang Haris berubah menjadi baik. Walaupun sudah ada bakal pewaris hartanya Tuan Arshad masih mahu menyerahkan hartanya kepada Haris jika Haris menunjukkan perubahan. Haris tidak mengendahkan kata-kata Tuan Arshad. Iman membesar dalam kebencian bapanya. Haris seolah-olah tidak menyayangi Iman sama sekali. Sebaliknya Iman dianggap sebagai perampas haknya. Bagaimanapun Tuan Arshad memberi kemanjaan kepada Iman dan melimpahinya dengan kemewahan.



Di saat Iman hidup dalam kemewahan dan kemanjaan, Nabila pula hidup dalam seksaan ibu angkatnya Khatijah. Tinggal di kampung, ternyata Khatijah seorang mata duitan dan sambil lewa membesarkan Nabila. Nabila terpaksa mendengar cemuhan yang dilemparkan kepada Khatijah yang tidak pernah berkahwin. Khatijah dituduh melahirkan Nabila tanpa suami dan sebagainya. Setiap kali tertekan dengan cemuhan, Khatijah akan memukul Nabila untuk melepaskan perasaan. Tetapi kerana janjinya dengan Mardiah, dan wang yang diterimanya dia tidak dapat mengelak janjinya. Namun Nabila sentiasa berdikari dalam apa juga perkara. Dia memiliki otak yang cerdas dan cemerlang dalam pelajarannya. Walaupun selalu dimarahi Khatijah, Nabila sangat sayangkan Khatijah dan tidak pernah membantah apa sahaja kata-kata Khatijah. Sepanjang Nabila membesar, Mardiah tidak pernah melihat cucunya, hanya mendapat berita daripada Khatijah sahaja


beraya dengan sony dan zizan razak Watak:
Elfaeza-  Nabila
Shah Jazle- Iman Hakimi
Aida Khalida- Mardiah
Fazlina Ahmad Daud- Halimah
Mahmud Ali Basha- Tuan Arshad
Wan(Shades)-Harris
Siti Elizad- Yasmin
Faz bersama Elfaeza
garangnya!


Salimah dan Yasmin




Gambar sumber: Pelakon dan Pengarah  Iman Nabila


Comments

  1. tgk melalui tonton....ntah knp wtk Nabila meruntun kalbu...setiap kali die nangis, airmate akak mesti bertakung jgk....thumbs up utk El faeza Ul haq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ni memang sedih.pelakon pun beri lakonan mantap

      Delete
  2. cite pe yg ganti iman nabila???

    ReplyDelete
  3. awak bole tolong tak? saya nak lagu tema drama iman nabila selain drp lagu hafiz... tolong yea ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq