Tuesday, April 23, 2013

Rentas Samudera TV2


Drama arahan Aziz M Osman dan skrip oleh Zakizamani Osman ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Fahrin Ahmad sebagai Komander Saiful, Qazem Nor (Leftenan Komander Razak), Nur Fathia (Leftenan Farah), Lan Pet Pet (PO Lan), Julia Ziegler (Leftenan Adzlina) dan Syatilla Melvin (Leftenan Nor) akan menemui penonton menerusi slot Citra pada 23 April ini jam 10 malam di TV2.


Sinopsis:
Kisah Komander Saiful, anak-anak kapalnya dan kapal mereka, KD Perak yang merupakan kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia. Sewaktu dalam perjalanan pulang dari tugas mereka mengawal sempadan perairan tanahair, KD Perak mengalami kerosakan teknikal dari bahagian kemudi. Perkara ini telah menyebabkan Komander Saiful dan para pegawai mengemudi kapal secara manual. Ini memerlukan kerjasama dari segenap warga kapal dan dengan pengalaman luas Kapten kapal, ianya dapat dikendalikan dengan jayanya.

Keadaan menjadi lebih cemas apabila Lt. Kdr. Razak yang merupakan pegawai kanan Komander Saiful, membawa utusan yang ada sebuah kapal dagang yang telah digeledah lanun. Komander Saiful mengarah pegawai navigasinya, Lt. Johan untuk merangka carta dan tetapkan perjalanan mereka ke MV Nautika yang memerlukan bantuan. Tanpa melengah masa, Komander Saiful belayar ke arah MV Nautika dan menyediakan bantuan misi mencari menyelamat. Lanun yang telah menceroboh MV Nautika lari apabila melihat kehadiran KD Perak.


Pasukan mendarat dapat menyelamatkan anak kapal MV Nautika dari dihumban ke dalam laut dalam. Setelah berjaya menjamin keselamatan kapal dagang itu, KD Perak pulang ke pelabuhan Kuantan. Di sini, Komander Saiful berjumpa dengan Lt. Kdr. Adzlina, seorang Pegawai Logistik Markas yang pernah dilatih oleh Komander Saiful. Bermula putik cinta apabila mereka saling berkenalan kembali setelah sekian lama tak berjumpa.

Setelah menjalani penyelenggaraan, KD Perak sekali lagi dipanggil bertugas. Kali ini, Komander Saiful dan anak kapalnya terpaksa menjalani sebuah lagi misi mencari dan menyelamat 3 orang nelayan yang telah hilang di lautan.

Misi ini membawa mereka ke sebuah kawasan terumbu karang yang penuh bahaya. Namun begitu, warga kapal KD Perak berpegang pada janji untuk berkhidmat demi keselamatan negara dan rakyatnya.

Mereka menjumpai 3 orang nelayan selamat tetapi terdampar di pantai berhampiran. Sewaktu gerakan mencari mereka, salah seorang pegawai kapal KD Perak terkena gigitan ular dan hampir maut.


Dengan adanya rakan-rakan anggota yang berpengalaman, maka, pegawai wanita mereka berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital.

Diketuai Komander Saiful yang berwibawa, anak-anak kapal KD Perak seperti Lt. Kdr. Razak yang bersemangat, Lt. Johan yang pintar, PO Lan yang suka merapu, Lt. Nur dan Lt. Farah yang merupakan pegawai wanita, Lt. Jek yang ganas tetapi baik hati dan juga warga anak kapal KD Perak yang lain, bakal memberi penonton peluang untuk menyaksikan kehidupan Tentera Laut DiRaja Malaysia yang memegang panji Kemuliaan, Keberanian, dan Kesetiaan demi negara, bangsa dan agama.



sinopsis cr: perekacerita

4 comments:

  1. dh ad ke semalam??
    bukak semlm ad live chat PRU terus off tv...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lewat setengah jam
      sepatutnya kul 10 tapi disiarkan jam 10:30 malam

      Delete
  2. Alah rugi tak tgok ingatkan tak ada citer. huhuhuhu..

    ReplyDelete
  3. salamm
    akk xde sediakn link utk download cite ni ke???

    ReplyDelete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq