Kisah romantis yang penuh puitis.
Mawar putih tanda perpisahan arahan Bade Hj Azmi,terbitan Suhan Movies.
Drama lakonan Rosyam Nor dan Nad Zainal,Ruminah sidek,Omar Abdullah,Tok wan. Telemovie ini akan ditayangkan di Astro Box Office channel 952 sepanjang bulan Mei.
Watak:
Rosyam Nor sebagai Sudin
Nad Zainal sebagai Dahlia
Sinopsis:
Mengisahkan Sudin, lelaki pertengahan umur yang masih belum berkahwin. Dia bekerja sebagai nelayan dan tinggal bersama ibunya yang uzur di kampung. Kelebihan Sudin ialah dia amat mahir dalam kaligrafi Jawi. Kehidupannya berubah selepas kematian ibunya. Hidupnya kini sunyi tanpa sesiapa di sisi.
Pak Mail,jiran Sudin yang juga kawan baik arwah ayahnya memujuk Sudin untuk mengahwini anaknya Dahlia yang baru saja menduduki SPM.Alasannya dia mahu meringankan beban yang ditanggungnya. Sudin setuju dengan permintaan pak Mail dan bermula la kehidupan baru Sudin dan Dahlia. Pada awalnya Sudin dan Dahlia saling kekok dan mereka jarang berkomunikasi. Sudin sanggup lakukan apa sahaja asalkan Dahlia bahagai. Dia tak kisah melakukan kerja rumah seperti memasak,mengemas dll. Selepas beberapa minggu, Dahlia mula menerima suaminya.
Suatu hari, Dahlia menerima khabar dari orang kampung yang Sudin hilang di laut dan botnya karam. Orang kampung menemui dua mayat terapung. Namun tiada berita tentang Sudin mahupun mayatnya dijumpai.
Dahlia masih percaya suaminya Sudin masih hidup dan dia setia menunggu Sudin setiap hari ditemani dengan diari suaminya yang ditulis dalam Jawi. Dahlia tidak memahami apa yang ditulis,memandangkan dia tidak pandai membaca Jawi.
Setelah lama melawan perasaannya, Dahlia akhirnya membuat keputusan. Diari Sudin diletakkan dalam plastik dan dibuang ke laut. Dia menerimanya takdirnya dan redha yang Sudin telah tiada.
Saksikan kesudahannya..bagaimana Dahlia meneruskan kehidupannya tanpa Sudin-suami yang dicintainya.
admya: Sebuah telemovie yang menarik dan menyentuh jiwa.Baca sinopsis pun dah boleh feeling.
Lagu tema: Gurindam Jiwa
Mawar Putih tanda perpisahan
Sneakpeek dulu BTS Mawar putih tanda perpisahan,
bla mula di tayang kan? kt chanel mna? yuhuuuu tak sabar nk tgok abg rosyammmm!!!
ReplyDeleteMulai 1 May channel 952 box office
ReplyDeleteLagu dlm movie 2 meruntun hati btol.
ReplyDeleteboleh tahu tak siapa penyanyi wanita lagu mawar putih tanda perpisahan dalam cerita ini...
ReplyDeleteMawar Putih Tanda Perpisahan Monoloque Feat Amirah
DeleteBest...lagu ost lg tambah sedap cerita ni.Tahniah Abg Rosyam n Bade
ReplyDeletelagu mawar putih tu dinyanyikan oleh jamilul hayat adik jamal abdillah leh search kat youtube yg pompuan tak tau sapa nyanyikan semula lagu tuuu..lagu tu mcm sesuai utk suami yg pi berjuang utk negara huhu
ReplyDeletemasuk ni dah 4 kali nonton citer ni.baru hari ni dapat tgk dari mula sampai habis.. tangkap syahdu... bestlah Rosham and Nad
ReplyDeleteble bleh download
ReplyDeleteMemang hebat. cerita berjiwa melayu. dialas dengan seni dan budaya melayu yang luhur. bukan macam drama melayu yang biasa disiarkan di tv, yang penuh dengan tanda2 kerosakan seni dan budaya melayu. penoh dengan bahasa rojak, bahasa sms dan bahasa inggeris yang bercampur-campur dgn bahasa melayu. gambar juga cantik. mcm shoot berlari ke langit. klu cerita macam ni tak jemu nak tonton
ReplyDeleteSedih..menangis tengok cerita ni,lakonan yang berkesan.
ReplyDeleteBest...5 bintang!
ReplyDeleteJarang nk tgk drama melayu mcm ni skarg ni....dialog, lakonan, 1st class....ada lawak (bukan lawak bodoh), duka, tawa...
Ost pun best...tahniah untuk semua yg menjayakan drama ni...
bia nak tayang lagi
ReplyDelete2,3X tgk citer ni mmg tak puas. sya siap rakam lg.Sgt menyentuh hati...sya suka watak dahlia(Nad Zainal)anda mmg klasik,anda mmg berbakat...tahniah utk anda...tapi rasanya citer ni mcm blum abis lg....(pengarah)boleh tak sambung lg.bhg ke 2....
ReplyDeleteMana Dowloadlink.... aduyaiiii sumak dah nieeeeee
ReplyDeletecerita yang meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada diri setiap individu..bukan sekadar drama picisan..sangat2 menyentuh perasaan...semoga ada sambungannya...:-)
ReplyDeleteDitayangkan pada Hari Kedua Raya Aidil Adha. Memang best. Hidup. Kalau dicalonkan anugerah memang boleh beat drama lain
ReplyDeleteDrama budaya melayu. Syabas Rosyam dan Bade. Bukan drama murahan pengarah lain... menonjolkan seksi dan entah apa-apa
ReplyDeletedrama ni mmg kena dgn jiwa saye..lakonan rosyam mmg tak mengecewakn penonton
ReplyDeleteBaru lepas menonton buat kali kedua...
ReplyDeleteMasih menyentuh kalbu...
Baru lepas menonton buat kali kedua...
ReplyDeleteMasih menyentuh kalbu...
bole bgi link lagu mawar putih tu tk.. tk nk yng monoloque pnyer.
ReplyDeleteboleh tahu ending cerita tu?sebab kebetulan gi dpur dtg depan cerita dah habis.
ReplyDeleteSetelah lama melawan perasaannya, Dahlia akhirnya membuat keputusan. Diari Sudin diletakkan dalam plastik dan dibuang ke laut. Dia menerimanya takdirnya dan redha yang Sudin telah tiada.
Deleteada ;link download movie ni tak? teringin nk tengok
ReplyDeletesaya baru tgk semalam..memang memenuhi citarasa saya..cerita melayu sebegini sudah lama tiada....amat menyentuh hati....lagu tu menusuk jiwa saya......saya ingin tgk lagi dan lagi dan lagi cerita-cerita sebegini..Tahniah Abang Rosyam dan Abg Bade Hj Azmi.......
ReplyDeletecerita yg menarik byk mengajar tentang kasihnya seorg anak dan suami juga kesetiaan seorg isteri, syabas Rosyam. Nad.Mak Mah dan pengarahnya Bade dan juga pilihan lagu lagu menarik spt Gurindam Jiwa da juga Mawar Putih.
ReplyDeletelink download fullmovie nie xde kew??adoyaiii
ReplyDeleteA very touching drama of love N commitment. A worthwhile watch for everyone who value relationship n love.
ReplyDeleteTolong saya,mcm ne nak download ni...
ReplyDeleteDrama yang betul gaya kemelayuan terhebat dengan cara digarapksn ssngat menyentuh sanubari dengan kiasan melayu asli .Inilah yang sepatutnya mendapat tempat hati .
ReplyDeleteMinta diteruskan lagi.Saya ucap tahniaah pada pengarah dan semua pelakon yg menjayakannya.
Dpt tgk ending je..nad gn rosyam mmg terbaik..setia habes... ade lg ke wanita mcmni.. ost meruntun jiwa... terbaik ..
ReplyDelete