Pencarian Azlan mencari jodoh dalam rancangan realiti Jodoh telah berakhir apabila Azlan "terpaksa" memilih Olly sebagai "jodohnya". Namun selepas tamat rancangan, Azlan dan Olly perlu lagi bekerjasama dalam drama bersiri atas permintaan peminat dan penerbit.Kesempatan itu digunakan oleh kekasih Olly untuk demand harga yang lebih tinggi,dan Olly hanya mendiamkan diri dan mengikut saja kata kekasihnya-alasannya perlu duit untuk berkahwin nanti.
Azlan pula masih berhubung dengan Katiya. Tetapi,Katiya mula merasai perubahan Azlan apabila asyik bercerita tentang Olly. Tapi Azlan cuba menafikan.Eleh,Azlan suka kat Olly tapi tak sedar.
Kini giliran Olly pula membawa Azlan untuk diperkenalkan kepada ibunya.Di rumah, Olly disakat oleh adik-adiknya.Adik membongkar rahsia perangai Olly yang sebenar di rumah..
Azlan yang tak suka dengan kekasih Olly cuba menyedarkan Olly bahawa kekasihnya hanya nakkan duit Olly sahaja bukannya nak berkahwin dengan Olly pun. Olly masih beranggapan yang Azlan tidak menyukainya.Hubungan mereka terputus sejak hari itu.Setelah kehilangan Olly,Azlan kembali pada Katiya. Namun,dia mula merindui Olly.
Berjayakah Azlan sedar cintanya pada Olly atau adakah dia terlambat untuk melafazkannya?
download lagu Dazrin-kota antara
Citer ni dah nak abis dah. akhirnya azlan mesti cinta kat olly gak
ReplyDeletenak tengok online kat mana boleh? share link boleh?
ReplyDeleteyeahh...mlm ni episod akhir...nk tgk apa jd pada olly n en.azlan...
ReplyDelete