Assalammualaikum,
Hari ni kita lari sekejap dari entri santai,kita bincang topik yang seryius sikit.Sebabnya ada adik-adik lepasan SPM tanya pendapat tentang mana nak pergi selepas SPM.
Tapi sebelum itu nak ingatkan sikit,anything yang dikongsi di sini adalah berdasarkan pengalaman,take it as guidance.Final decision is yours.Terpulang pada korang semua.
So,kita sambung balik.Nak ke mana selepas SPM.?
Yang planning nak sambung belajar,tak tahu nak mohon apa?nak pergi mana. So apa nak buat?
- Tengok result korang
- Apa minat korang
- Mohon berdasarkan result dan minat
redha dengan result yang ada terima,pastikan result korang menepati syarat yang dikehendaki dalam bidang yang dikehendaki.No egois ok, jangan tutupkan peluang anda sambung belajar di U hanya kerana anda memohon pada course yang anda yakin anda tak layak.Pasti ada yang berkata- dah tahu result macam tu,yang gi mohon gak buat mana? tapi memang berlaku,so yang pesan ni.
Kalau result ok,tapi minat takde pada course yang dipohon. Sekiranya,anda tiada pilihan lain-maksudnya takde offer dari universiti lain, terima je la tawaran tu. Mungkin dah rezeki anda di situ. In my opinion,diterima masuk ke Universiti adalah peluang yang susah diperolehi,tak semua dapat tawaran tu. Like my friend, dia terima offer untuk course human sciences/sains kemanusiaan walaupun tak minat,tapi lepas belajar beberapa bulan,dia tukar course kepada bidang arkitek.Katanya sebab minat. Kan senang macam ni. Anda still belajar di U yang sama,tapi tukar course je.Berbanding anda reject terus tawaran tu,langsung tak dapat ape. Secure je tempat dulu,minat akan datang kemudian.
Antara Matrix dan Asasi - yang mana lebih baik?
Kalau ambik asasi memang tempat kat U dah secure cuma lazimnya asasi ni lama sikit masanya.Macam UIA- dua tahun you. Dulu pun ingat,aduhai lamanya belajar - 2 tahun baru dapat belajar degree,Tapi rupanya- Asasi UIA boleh buat setahun hingga 2 tahun. Kalau setahun tu,you all memang bijak la-exempted language.Tabik spring kat my friend yang buat setahun je asasi. UM pun ada offer Asasi.
Matrix ni pulak orang kata tempat buangan SPM leavers.Jangan rasa down kalau masuk Matrix,abang akak dulu pun budak Matrik ok. Problem dengan Matriks, result kena power,sebab kena compete dengan budak-budak Asasi. Lepas belajar,kena mohon masuk U.Kalau Asasi dah memang confirm dapat masuk. Kalau Asasi UIA-masuk UIA,Asasi UM- masuk UM.
Bila mohon course tu,pastikan course tu ada status akreditasi.Nanti penat-penat belajar,sijil tak laku sebab takde akreditasi.
Luar negara vs Dalam negara.
Ramai nak belajar kat luar negara,sampai ada yang kata- apa class belajar kat dalam negara.Sebenarnya belajar kat dalam negara ke luar ke sama je. Terpulang pada rezeki masing-masing.Kalau dapat pergi ke luar negara - pergi. Yang tak dapat gi belajar kat luar negara,belajar baik-baik kat universiti tempatan. Kalau ikutkan U kita pun ada yang sama level dengan luar negara.Kalau tak nape ramai student oversea datang belajar kat Malaysia?
Mungkin-markah lebih sikit time interview sebab belajar kat oversea. Tapi,kalau korang nak tahu,bila korang graduate dari oversea, expectation majikan adalah sangat tinggi sebabnya korang ada sijil oversea.Tu yang ramai pressure bila time keje.Biarlah,graduate universiti Malaysia je,orang tak letak harapan,tapi bila buat kerja gempak ko.
Akak kau ni pon takdelah hebat sangat, SPM straight A's bagai. Akak takde semua tu.
Setakat . Tapi dah Allah bagi kita rezeki,
kita bersyukurlah. Kejayaan dalam bentuk black & white bukanlah kayu ukur
untuk kita berjaya di dunia ni. Ada yang straight As tapi UPU pon tak dapat. Ada
budak dapat 3 A je tapi bila jadi technician kat aircraft dapat gaji
beribu-riban. Mengalahkan engineer yang dulunya top student kat sekolah.
Rezeki Allah ni macam-macam. Kita tak boleh nak
bandingkan orang ini dengan orang itu berdasarkan satu faktor sahaja. Adalah
tidak rational dan tidak adil untuk mengukur kepandaian seseorang dengan melihat
keputusan SPM sahaja. Mana tau budak tu genius gila tapi masa SPM dia demam jadi
dia dapat 5A je ke kan. The point is, nothing is absolute in this world. There's
a shade of grey between black & white. Yang tak dapat Straight A's,janganlah bersedih. Tak semestinya dapat All A akan dapat 4 flat bila belajar kat U.
Yang tak dapat masuk Universiti,jangan risau,banyak lagi tempat belajar yang dipohon- Kolej ada,Politeknik ada.Yang penting nak belajar.
Jadi adik-adik tak harus mendengar kata-kata orang
yang sibuk mengecam. Abaikan mulut orang, orang hanya tau berkata-kata je. Bila
kita buat keputusan, make sure keputusan itu adalah yang terbaik dan memang
keinginan kita. Bukan keinginan mak kita, bukan keinginan jiran kita atau
kawan-kawan kita. Jangan terikat dengan pemikiran masyarakat kita, kalau tidak
you wont go elsewhere. Contoh macam, budak science je pandai, yang tak amek
science suma tak pandai. Tidak. Kalau itu minat awak, abaikan mulut orang and
just go on. Teringat lagi kat kawan sorang tu,result SPM dia biasa-biasa je,tapi sekarang dah jadi Pegawai Tadbir Diplomatik.
ada apa-apa nak tanya..silakan.mana la tahu akak dapat membantu.
"Rezeki Allah ni macam-macam. Kita tak boleh nak bandingkan orang ini dengan orang itu berdasarkan satu faktor sahaja. Adalah tidak rational dan tidak adil untuk mengukur kepandaian seseorang dengan melihat keputusan SPM sahaja"
ReplyDeletetotally agree with ur statement..
bumi Allah ni luas...rezki kt mne2..yg penting USAHA DOA TAWAKKAL....
lain org lain rezki nya....
sy yg dh grad since 2011 still tgh cr keje...=(
entry nie sesuai sangat dengan saya sebab saya baru saja lepasan spm 2012. result x lah gempak mcm org lain mcm 5a keatas...result stakat 3a alhamdulillah kredit lah juga smuanya..tapi saya masih bersyukur dengan result saya walaupun tak geempak & lgi satu yg mengembirakan hati saya keluarga pun gembira dengan result saya walaupun x mcm org lain...so cadangan saya lepas spm nie saya nak sambung belajar..saya dah mohon uitm..semasa pendaftaran kat upu tuh n saya aplly jurusan akaun sebab saya minat sgt lagipula saya memang belajar jurusan tuh kat sekolah menengah voksional
ReplyDeletealhamdullilah.tahniah
Deleteteruskan berdoa agar permohonon adik tu diterima
kalau tak dapat buat rayuan ye.ada rezeki insyaAllah
amin terima kaseh akak :D
ReplyDeleteHai akak, saya nak tanya. kalo diploma boleh ke ambik 2 courses. like saya minat dalam art & bussiness.
ReplyDeletehai erfa
Deleteboleh minat dua-dua. tapi study satu-satu dulu ye. takut tak terbawa nanti
habiskan art dulu baru sambung study business atau business dulu baru buat art. tak pernah lagi dengar orang buat double diploma double degree ader,
ambik satu course pun nak sakit. dalam study kena sabar
habiskan satu course dulu ye
salam akak . saya pelajar lepasan spm 2013 . saya keliru ..saya tak tahu saya minat apa .. saya tengah fikir // . mcm mana nak pilih course nanti .. camne ni akak?
ReplyDeletewalaikummussalam
ReplyDeletepilih course bergantung pada 1)keputusan spm dan syarat kursus yang dipohon.
2) pastikan pilih kursus yang popular pada masa datang. misalnya bila habis belajar banyak peluang kerja utk bidang yang kita ambik.
contoh.buat masa sekarang elakkan ambil kursus ict sebab ramai dah ambik,jadi akan datang, peluang kerja sikit -graduan ramai
kalau awak aliran sastera ambik kursus komunikasi atau human resource/sumber manusia. bidang ini amat penting dalam dan semua syarikat perlukannya.
3) minat - kalau tak minat bidang dipohon tapi kelulusan kita layak terima sahaja sebab minat boleh dipupuk, peluang hanya sekali
tapi kalau layak dengan kelulusan dan memang minat lagi bagus.
harap nasihat ini membantu
Akk saya tak tahu kat universiti tu ada apa... Saya tak tahu diploma,asasi, matrik, master, degree,sarjana muda tu apa.... Mohon sedikit pencerahan beri kepada saya... Terima kasih...
ReplyDeleteNick :)