Sinopsis:
Syaf tidak pernah terfikir jodohnya dengan Firash,adik kepada kekasihnya Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang ke jinjang pelamin,
Namun,satu peristiwa hitam mengubah segalanya.
Syaf,Farisah dan Firash masing masing dijemput hadir ke sebuah majlis hari jadi Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merencanakan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash,namun sebaliknya berlaku. Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan mencurigakan.
Datin Farizah(Wilma) telah menasihati Firash supaya berkahwin dengan Syaf. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar. Firash menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf 4 tahun lebih tua daripadanya.Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya (mak Firash) demi menjaga maruah keluarga Datin Farizah dan tidak mahu hubungan adik beradik terjejas kerananya.Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf walaupun Syaf tidak cinta akan Firash. Syaf menganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish.
Perkahwinan Farish dan Syaf dilakukan secara rahsia.Tiada seorang pun ahli keluarga dijemput dan dikhabarkan termasuk bapa kandung Firash dan Farisah Datuk Fakhrul.Farish membawa diri kerana sedih Syaf akan berkahwin dengan adiknya sendiri. Pada hari perkahwinan, Farish terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf, Firash melarangnya untuk hadir ke majlis pengebumian Farish kerana takut status mereka.
Kehidupan Syaf sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan,apatah lagi status mereka masih dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan kawan-kawanya masih meneruskan kehidupan sebagai pelajar jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikutkah kehendak anaknya Firash yang masih kurang matang namun tetap berusaha untuk menyatukan mereka.
Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali mereka bertemu. Kalau bertemu pun, hanya kata-kata sinis dari Firash yang Syaf terima.Syaf tetap terima dan memendam dalam hatinya.Suatu hari Datin Farizah merancang untuk buat kenduri arwah Farish di Terengganu. Syaf turut dijemput,Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat Datin untuk mengelak kemusykilan.
Di sana, Syaf berjumpa dengan rakan universitinya Haqimy yang juga abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka ketika belajar. Melihat kemesraan Syaf dan Haqimy,Firash jadi cemburu.
Dalam marah dan cemburu pada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula menyukai Firash,dia menerima sepucuk surat dan sekeping vcd menunjukkan kemesraan Rania dan Firah. Raina masih tidak berputus asa menggoda Firash walaupun mereka adik beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.
Firash cuba bagi penjelasan tapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu baru Firash sedar ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf padanya.
Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi Syaf sebagai isterinya?
admya-
Fuh,jenuh menaip. Khas untuk korang semua.Hopefully uolls like it.
nie sinopsis tv3 ke kak?
ReplyDeleteyup.ada sedikit perubahan berbanding novel asal
Deletesipnosis yg menarik...
ReplyDeletebestnye..xsia2 beli novel nie akhrnya di dramakn..tp bukan dlm slot cerekarama ke?
ReplyDeletebukan.yang slot cerekarama-novel andai itu takdirnya
Deletewwahhh xsbr nk tgk...dh byk kali bc nvl ni...nvl ni best!
ReplyDeletewatak Datin Farizah tu dilakonkan oleh Wilma muhammad ke yg brlakon ghazal utk rabiah tu ke kak
ReplyDeleteyup.
Deletetak sbar nak tnggu drama nie,malam nie dah mula.
ReplyDeleteohh giler r..bce kat cni dh rasa best sgt tp xpnh tgk plak kat tv..haiyoo bile waktu tayangan pon xtau coz sy ni mmg xtgk tv! ;P so tunggu awk upload je lah....tp rase excited la nk nonton!
ReplyDeletebestnya citerrrr ni... nak tengok malam ni. tak sabarnya.
ReplyDeleteTq very much for your effort. Buat pertama kali dlm sejarah, saya akan membeli buku cerita novel Melayu. Ini semua atas usaha anda mempromosikan drama n novel ni. Saya betul2 jatuh cinta dengan dramanya, pelakon2nya n also bukunya. Best betoi
ReplyDeletecerekarama andai itu takdirnya tak sama langsung dgn novel..novel best sgt..drama cm ape ntah..x best langsung..baik tukar je tjuk tu..andai itu takdirnya novel yg pling best pernah saye bace..
ReplyDeleteSebenarnya says isteri die,xda tuk download ke?tq
ReplyDeleteada.kena bukak review setiap episode
Deletepost setiap episode ada diletakkan link download