Tuesday, March 12, 2013

Amar Asyraf dalam Slot Azalea: Duri di hati






Salam sayang buat semua,

Masih rindukan Zain? Zain aka Amar Ashraf akan kembali dengan drama baru- Duri di hati. Bila tengok gaya rambut Zain  ni nampaknya makin  handsome pulak si Amar Ashraf sejak berlakon Setia Hujung Nyawa( mesti penangan Lee Min Ho..hehe)

Mula Tayangan: 14 Mac 2013.
Tajuk sebelum ni-Sujud di bawah Langit
Hari Tayangan: Isnin-Khamis
Waktu tayangan: 4.30 petang
Jumlah Episode: 20
Para pelakon lain: Hairi Safuan,Adam Shah, Kuna,Dato'Jalaludin Hassan, Faralyna

Sinopsis:
Kisah seorang budak lelaki bernama Aliff yang dibelasah dan dicampak ke sungai Kelang. Takdir membawanya kepada Dato'Hamid lalu dijadikan anak angkat dan kini membesar sebagai anak hartawan.Ketika Alif masuk ke rumah Dato Hamid,alangkah terkejutnya Alif lelaki yang membuangnya adalah anak lelaki Dato Hamid. Alif membesar. Rashid pulang dari luar negeri.  Rashid tidak dapat mengenali Aliff,dan ini memudahkan Aliff untuk membalas dendam hingga Rashid ditangkap pihak berkuasa.
Sementara itu,di pejabat Alif dibantu oleh Rizal,pekerja yang paling dipercayai oleh Dato Hamid.Tanpa disedari Alif,Rizal adalah abang kandungnya terpiasah semasa kecil dahulu.Pada masa yang sama Ana(Marsha) bekas kekasihnya turut kembali dalam hidupnya. Cinta lama berputik kembali.
Akan tetapi Rizal dan Ana berkomplot untuk menjatuhkan Aliff.Apa yang dilakukan Aliff hingga Ana berdendam padanya. Rizal pula ingin menuntut keadilan kerana Alif memungkiri janji pada abang dan ibunya.






Gambar source from Marsha

4 comments:

senang je nak komen.pastikan ada nama ye