join admya di FB

11 cara tambah rezeki



Assalammualaikum

Pasti ramai tertanya-tanya nape tetiba artikel ini dibuat. Ada orang promote pada saya dapat duit dengan berfacebook dengan hanya bermodalkan RM100. Bukan tak nak percaya, tapi entah tak tergerak hati pun nak buat. 
Di sini saya kongsikan 11 cara tambah rezeki.

Jangan mengeluh jika rezeki tidak datang kepada anda. Percayalah rezeki itu akan hadir dalam pelbagai cara.Rezeki tak semestinya duit.Dapat kesihatan yang baik juga rezeki,senang hati,rasa bahagia juga rezeki. Buat apa duit yang banyak tapi hati tak tenang kan.

1) Peliharalah hubungan dengan Allah.
Inilah kunci utama. Tingkatkan iman dan taqwa.Rezeki datangnya dari Allah.Pelihara hubungan kita dengan Allah agar rezeki yang turun datang kepada kita.

2) Perbanyakkan berdoa.
Doa senjata orang Muslim. Jangan menjadi orang sombong dengan tidak berdoa. Walaupun kita telah miliki rezeki yang ingin kita perolehi,teruskan berdoa kerana ia satu tanda kita merendah diri pada Nya, sentiasa bersyukur dan semoga rezeki yang hadir pada kita berkekalan. Bukankah Kun fayakun- Jika Allah berkehendakkan sesuatu,maka ia akan terjadi.Jika kita kufur nikmat nanti mungkin satu hari nanti, nikmat rezeki kita mungkin ditarik.
Jadi perbanyakkan berdoa.

3)Perbanyakkan bersedekah
Yang ni selalu dipertikai orang. Sudahlah duit cukup-cukup.Disuruh bersedekah pula,kan kurangkan harta tu.Duit RM50 jika dibawa ke pasar raya cukup kecil nilainya tapi jika dibawa ke tabung Masjid,sangat besar nilainya.Allah dah berjanji sesiapa yang mengorbankan hartanya ke jalan Allah,maka Allah akan mengantikkannya apa sahaja yang didermakan kepada jalanNya.

4)Buat baik pada ibu bapa.
Jika ibu bapa sudah tiada berbuat baik pada orang yang lebih tua.

5)Perbanyakkan istigfar/zikir

6)Laksanakan solah Dhuha

7) Amalkan baca surah Al-Waqiah

8)Beri makan pada haiwan

9) Jangan menyeksa binatang

10)Kekalkan siraturahim dengan orang lain.
" Nabi s.a.w bersabda
" Sesiapa yang ingin diperluaskan rezeki,dipanjangkan umur,maka hendaklah dia menjalinkan siraturrahim- HR Bukhari"

11) Bayar zakat

Inilah dia tips yang diberikan ilmuan Melayu lagi Muslim supaya menjadi panduan kepada kita semua.
Selamat beramal.
Sharing is caring:)

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq