Monday, January 28, 2013

Telemovie XOXO- Nadiya Nisa,Remy Ishak


Drama XOXO tersebut mengisahkan mengenai hubungan cinta jarak jauh antara Haziq yang berada di London dan masih menuntut manakala Aleesha yang telah dikenali selama dua tahun melalui laman sosial Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.
Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasih pujaan hatinya pulang ke Malaysia, Aleesha telah pergike London untuk membuat kejutan sekaligus bertemu Haziq buat pertama kali.

Sebaik tiba di London, Aleesha hampir pitam apabila diberitahu oleh rakan serumah Haziq bernama Johan (Josiah Hogan) bahawa Haziq telah pulang ke Malaysia!
Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang di rumah Johan.
Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakan Aleesha.


Haziq pula menghadapi dilema apabila kepulangannya ke Malaysia hanyalah untuk dijodohkan oleh pilihan neneknya.
Dia bagaimanapun menolak dan menyatakan dia akan membawa Aleesha untuk bertemu dengan neneknya.



Haziq pergi ke rumah Aleesha tanpa mengetahui yang Aleesha sudahpun berada di London sebaliknya hanya menemui Dahnia (Nadiya Nisaa), rakan serumah Aleesha yang berpewatakan pelik.Dan Haziq meminta Dahnia menyamar menjadi kekasihnya dengan upah RM2000.
Sejak itu pertemuan itu telah menimbulkan pelbagai konflik di antara mereka.

Untuk mengetahui apa yang terjadi di antara mereka jangan lupa untuk menyaksikan XoXo pada 30 Januari ini pada pukul 8.30 malam di TV9.

credit to:mstar,budiey

Memang kelakar telemovies ni.  Nah,Bagi sesiapa yang tak sempat tengok


11 comments:

  1. apsal hati ni excited tul nak tgk tele ni.. apsal yer??... o... sebab ada nadiya!!!! heheheheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan cerita dia nampak menarik

      Delete
    2. adik fara, sori, lari topik dari tajuk post ni. akak nak dload episod 78 A&H tapi hotfile yg format mkv tak de ke?? camaner nk tukar or cari yg format mkv yer? mahap.. teknikal ni akak tak berapa nak terer.. huhuhuhuh.. rindunye nak tgk A&H scene tg sweet tu...

      Delete
    3. sorry kak lambat reply
      format rar kan. open dengan winzip ye..atau win rar
      download n install kalau takde

      Delete
    4. camne nk tgk XOXO?ade link x

      Delete
  2. ok nti cuba.. tq..

    ReplyDelete
  3. terlepas tgk la,....cm ne nk tgk balik,...plessss

    ReplyDelete
  4. Slm,sis..xd ke link lain yg d cte ni?dh puas cari xjpe..sy nk ngttt tgk cte ni..huhuhu

    ReplyDelete
  5. kenapa x boleh bukak file lepas download..?

    ReplyDelete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq