Monday, December 24, 2012

Drama Duri Astro Prima




Update: Ulang tayang- Isnin-Khamis: Astro Prima 8-9mlam
Drama yang mendapat sambutan hangat. Duri adaptasi Novel Fauziah Ashari.



Shera Ayob sebagai Sufi


Afiq Muiz - Muzaffar
Izzue Islam - Hazim

Lagu tema: 
Firman - Kehilangan
Hyperact - Harapan


Sinopsis:
Ia mengisahkan kekuatan di jiwa Nur Amalsufi (Sufi) yang ditinggalkan oleh kekasihnya, Hazim Fikri. Kekentalan jiwanya bertukar sakit hati yang parah di mana bagaikan ada duri yang sentiasa mencucuk-cucuk sekeping hatinya. Sufi sentiasa berada dalam kesakitan selagi 'dendam' tidak terlunas. Dendam apabila bukan sahaja ditinggalkan oleh Hazim tetapi Durrah iaitu ibu Hazim telah menjadi punca ibunya koma sehingga menemui ajal.

Bermula kisah yang tragis itu, dan apabila peluang terhidang di hadapan mata, dia tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Adiknya Nur Adamnuri (Nuri) yang terpisah sejak kecil kerana dibela oleh ibu tiri mereka rupanya sedang asyik mahsyuk bercinta dengan Muzhaffar Zaman (Zhaf) iaitu abang kepada bekas kekasihnya.. 

Suatu hari, Nuri melarikan diri daripada majlis perkahwinan yang dirancang dan diketahui oleh umum demi mengejar cita-citanya di luar negara.

Fathurrahman buntu dan berasa malu dengan sikap anak bongsunya, meminta pertolongan Sufi untuk menjadi pengantin kepada Muzhaffar. Sufi dengan rela hati bersetuju demi melunaskan dendamnya terhadap Durrah. Sufi merancang untuk menyakiti perasaan Durrah dan akan berpisah dengan Muzhaffar sebelum Nuri pulang ke tanah air.

Perancangan demi perancangannya sememangnya semakin mudah apabila Muzhaffar meninggalkannya untuk mencari Nuri setelah beberapa hari mereka bernikah. Ketiadaan Muzhaffar membolekannya bekerja dengan bapa merntuanya, Hasif. Kelicikan Sufi menyebabkan bapa mentuanya jatuh cinta padanya. Durrah pula lumpuh dan hanya berkerusi roda. Mahalh tanpa disengajakannya, Hasif dan Durrah juga bercerai talak tiga.

Namun, Sufi masih tidak puas. Dia merancang untuk punya anak pula dengan Muzhaffar demi adanya keturunan keluarga Durrah dari warisan keluarganya yang dihina oleh Durrah dahulu. Kepulangan Muzhaffar tanpa Nuri buat hati Sufi menjadi nakal. Dia cuba goda suaminya dalam diam hingga Muzhaffar jatuh cinta padanya. Muzhaffar yang berasa keseorangan dan kian jauh dari Nuri mudah terpesona. Muzhaffar mula membandingkan dua beradik itu dan lama-kelamaan hatinya pula terpikat dengan Sufi.

Keadaan menjadi genting apabila Sufi disahkan hamil dan dalam masa yang sama Nuri pulang ke tanah air untuk memiliki semula kekasih hatinya, Muzhaffar. Muzhaffar serba-salah dan Sufi juga serba tak kena kerana dia sayangkan adiknya, Nuri. Hazim pula mula mengambil dadah untuk melupakan Sufi. Dalam waktu sama, bibit-bibit cintanya terhadap 
suaminya mula tercipta tanpa sedar. Akhirnya Nuri ketahui hal sebenar tentang sufi dan Muzaffar. Nuri sangat marah dan kecewa. Kematian nenek membuatkan Sufi sedar dendam yang disimpannya perlu dibayar dengan harga yang tinggi-kehilangan orang yang dia sayang.


20 comments:

  1. thank you the info,baru jer start tengok citer nie...boleh tahan gak...best...:)
    at least,now dah faham jalan cerita...

    ReplyDelete
  2. plisss upload cite ni. x de org yg upload lg. msti ramai yg nak tgk online. tolong ye admin.

    ReplyDelete
  3. upload ler citer nie....xdpt tgk dah.....sbb kerja....hope dpt tgk yg online sgt.......

    ReplyDelete
  4. ikut cerita ni dari episod 3, then terus lekat.. best gak..

    ReplyDelete
  5. ada x ost2 utk citey ni?

    ReplyDelete
  6. xde link untuk download drama ni dari mula? please upload.. thank you...

    ReplyDelete
  7. Please admin,upload this drama..such a wonderful drama ever,THUMBS UP!!

    ReplyDelete
  8. please.. upload la drama duri.. lgpunx pnjng sngt(not to dragging)n best kot pleasee!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. drama nie sangat best. pelakon2 pon bawak watak dgn berkesan :)

    ReplyDelete
  10. sedih nya takde sape yg upload drama ni..

    ReplyDelete
  11. tak ada orang upload cerita ni.. nak tengok from mula. huhu sobsob

    ReplyDelete
  12. kenapa link tue x leh loading dh.. no more other link yg available ke..

    ReplyDelete
  13. citer best,takde orang upload?

    ReplyDelete
  14. admin,blh download dr ceritamaster utk drama duri..mereka dh upoad,tp dr ep 12 je..

    ReplyDelete
  15. seronok tengok duri, dapat feel :D

    ReplyDelete
  16. Citer ni mmg best. bila dah tgok mesti tak nak miss..

    ReplyDelete

senang je nak komen.pastikan ada nama ye